Translate

Followers

EZ Q

Isnin, 27 April 2009

Bila Virus Babi Mula Menyerang -Malaysiakini

assalamualaikum .. salam perjuangan.. salam persahabatan

sebentar tadi sewaktu makan malam, sempat juga saya mendengar dan menonton berita buletin utama yang disiarkan melalui saluran TV3 jam 8.00 malam. Berita dimulakan dengan langkah untuk memperkukuhkan kewangan dengan menggunakan konsep liberalisasi dalam sistem kewangan islam. tapi ianya bukan menjadi fokus utama yang ingin saya utarakan tetapi apa yang ingin saya utarakan ialah mengenai virus yang telah mulai menular di negara maxico iaitu virus selsema babi ( selsema khinzir).

boleh dikatakan ianya bakal menular keseluruh pelusuk dunia melalui penyebaran batuk dan juga selsema. Dulu kita cukup heboh dengan selsema burung dan banyak unggas yang diternak telah dimusnahkan dek kerana penyakit berjangkit dan boleh membawa maut. tak sudah dengan itu juga ditemui Virus HIV yang sehingga ke hari ini tiada satu pun penawar yang dapat menyembuhnya dan kini timbul pulak "pendatang baru" Virus yang disebabkan oleh babi.

Virus selsema babi ini dikatakan menyerang manusia yang tinggal berhampiran dengannya menurut kata pakar kesihatan. maknanya disini pembawa virus selsema babi bukan lah dari orang yang tinggal jauh tetapi yang tinggal berdekatan dengan babi terutama sekali penternak babi. Kekhuatiran penyakit ini merebak dan mungkin boleh menular melalui kawasan- kawasan yang mempunyai ternakan babi a.k.a khinzir.Babi nie dah disebut dalam Alquran dah banyak kali dah berkenaan dengan wabak dan keburukannya tapi masih ada lagi manusia yang suka sangat nak membelanya. Makanan asasi katanya, tak tau le taman nak kata.

so, bukan nak menakutkan tapi mengingatkan .. bagi yang tinggal berhampiran dengan kawasan ternakan babi a.k.a khinzir tu kalau tak nak kena virus tu cepat-cepat lah pindah. tapi kalau dah terkena tu tawakkal saja lah kerana anda telah memilihnya. Almaklum nasib baik projek Babi Negara tak jadi dilaksana , kalau tidak memang nahas satu malaysia kena. adios

Tiada ulasan: