Translate

Followers

EZ Q

Selasa, 28 April 2009

Selamatkah Kolej-kolej UM untuk diduduki ??-Malaysiakini

BAGI mengelak kes kecurian dan pencerobohan berulang, pengurusan Universiti Malaya (UM) meluluskan beberapa cadangan yang dikemukakan Majlis Perwakilan Mahasiswa UM (MPMUM) berkaitan keselamatan warganya.Yang Dipertuanya, Mohd Ridzuan Mohammad, berkata isu keselamatan itu perkara cukup dititikberatkan MPMUM.


"Oleh itu, langkah pihak pengurusan UM meluluskan peruntukan RM130,000 bagi meningkatkan tahap keselamatan sangat dihargai terutama warga UM."Selain itu, pihak pengurusan juga akan menyediakan kira-kira 140,000 kunci bilik khas di setiap kolej kediaman bagi mengelak pencerobohan," katanya.

Di samping itu, selepas beberapa kejadian rompakan dan pencerobohan di kolej kediaman, cadangan untuk menambah pegawai keselamatan iaitu seramai lebih 20 orang juga diluluskan pengurusan UM.

"Sebelum ini, beberapa kali kes kecurian menggunakan senjata dan pencerobohan berlaku di kolej kediaman."Justeru, dengan penambahan pegawai keselamatan ini, warga UM tidak lagi perlu risau ketika berada di sekitar UM," katanya.Bagaimanapun, Mohd Ridzuan berkata, barisan MPMUM dan warga UM berharap dengan penambahan pegawai keselamatan ini, masalah itu tidak akan berulang.

"Kes yang membabitkan keselamatan warga UM beberapa kali berulang. Jadi, saya berharap semua pegawai keselamatan lebih berhati-hati dan menjalankan tugas."Jangan apabila sudah ada masalah dan kejadian yang tidak diingini, baru nak melatah dan mengambil tindakan," katanya.

source : Harian Metro

betah assirkami:

tahniah atas keperihatinan presiden MPMUM, sdra Ridzuan untuk memberikan respon berkenaan dengan keselamatan di Universiti Malaya yang tercinta. Sebagai warga yang berada diUniversiti Malaya ini, saya mengharapkan agar perkara yang dinyatakan benar-benar menjadi kenyataan ini kerana sepanjang pemerhatian saya selama berada di universiti ini khususnya di kolej-kolej kediaman cukup kurang pengawal keselamatan yang mengawal keselamatan yang benar-benar melaksanakan tanggungjawab.

ini kerana kebanyakan pengawal keselamatan hanya membuka lampu pondok keselamatan dan membiarkan sahaja pondok tersebut tanpa kawalan sebaiknya khusunya pada waktu malam sedangkan kita tahu yang gerakan pecah masuk ini kebiasaannya berleluasa pada waktu malam sehinggakan ada dikalangan sahabat saya khusunya yang perempuan ternampak kelibat penyangak tersebut yang menyelongkar tabung penggunaan mesin basuh.

sehingga kini pelajar tersebut yang tidak mahu namanya disebut telah mengambil tindakan keluar daripada kolej buat sementara waktu. ini jelas membuktikan ada diantara kolej-kolej kediaman yang tidak selamat untuk diduduki. Dek kerana kegagalan pengawal keselamatan menjaga keselamatan harta benda didalam kolej kediaman. beberapa bulan lalu juga saya turut mendapat pengaduan daripada beberapa orang rakan yang kehilangan barang yang berharga disebabkan kes pecah masuk bilik.

apa yang perlu dilakukan sebagai penyelesaian, dicadangkan supaya dipertanggungjawapkan seorang dua pengawal keselamatan yang bertanggungjawab untuk menjaga dan menjalankan tugas sebaiknya bagi mengelakkan kejadian ini daripada berulang.

Tiada ulasan: