Translate

Followers

EZ Q

Rabu, 18 Mac 2009

Lagi Teruk dari Zaman Jahiliah

Golongan membuang bayi termasuk menggugurkan janin dianggap tidak mempunyai naluri manusia sejati yang penuh kasih sayang terhadap darah daging sendiri, selain jiwa kosong kerana tidak ada rasa cinta mengakibatkan mereka bertindak di luar kawalan hingga sanggup membunuh insan tidak berdosa. Naib Presiden Hal Ehwal Wanita Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Dr Mastura Badzis, tindakan kejam segelintir pihak buang bayi sendiri menunjukkan mereka seolah-olah bodoh dan tidak tahu apa sebenarnya berkembang dalam rahim sepanjang tempoh mengandung.

“Sama ada wanita ini memang tidak tahu apa sedang berkembang dalam rahim dia ataupun dia memang sudah tidak sayang dan cinta pada insan bakal lahir, kerana itu sanggup buang asalkan sendiri rasa bebas serta tak terbelenggu.“Seperti pepatah mengatakan tak kenal maka tak cinta, begitulah juga dengan golongan ini yang bertindak sesuka hati tanpa memikirkan akibat perbuatannya,” katanya.Beliau berkata demikian mengulas laporan Harian Metro semalam mengenai penemuan mayat bayi dan janin oleh seorang pemandu lori syarikat pembersihan Mofalah Services di tong sampah Flet AU3/1 Taman Keramat ketika bertugas.

Penemuan kali kedua bagi petugas berkenaan, Saiful Bahari, 34, menjelaskan sebelum itu pernah menjumpai janin pada tarikh sama tahun lalu. Mastura berkata, paparan media massa mutakhir ini mengenai kes buang bayi tidak menandakan kes itu semakin meningkat sebaliknya perkembangannya di paras sama memandangkan sejak dulu masalah itu membabitkan remaja sudah ada.

“Cuma apa boleh saya katakan ia menjadikan masalah sosial di Malaysia makin kronik apatah lagi tiada perasaan bersalah membuang dan membunuh bayi tidak berdosa. “Malah statistik turut menunjukkan lebih 400 bayi luar nikah dilahirkan di hospital besar dan bayangkan kalau keadaan sama di hospital lain. Agaknya berapa ramai lagi lahir tanpa perkahwinan sah,” katanya kesal dengan apa berlaku. Sehubungan itu, beliau berpendapat kementerian bertanggungjawab perlu memainkan peranan membentuk kursus yang mampu memberi pendedahan kepada wanita mengandung supaya sayangkan kandungannya selain benar-benar memahami pembentukan janin.

Bagaimanapun, katanya dengan penyediaan kursus seumpamanya itu tidak bermakna masyarakat menggalakkan kehamilan sebelum perkahwinan tetapi lebih berbentuk pengetahuan dan didikan kepada generasi muda yang mengandung.“Konsepnya bukan hendak menggalakkan orang mengandung sebelum berkahwin sebaliknya beri pendedahan dan pengetahuan kepada mereka yang berkaitan supaya sayangkan kandungan,” katanya.

Tiada ulasan: