Translate

Followers

EZ Q

Rabu, 18 Mac 2009

Bapa jenis apakah ini ??

GEORGETOWN: Seorang lelaki yang dituduh mendera sehingga menyebabkan kematian anak perempuannya yang berusia empat bulan, minta dibicarakan di Mahkamah Sesyen, di sini semalam.Mohamad Nasir Sulaiman, 34, yang kelihatan muram dituduh mencampak anaknya, Nurul Ain Amirah ke atas sebuah tilam menyebabkan pendarahan dalaman pada otak hingga mengakibatkan kematian bayi itu.

Selain itu, tertuduh turut didakwa dengan tuduhan kedua iaitu mendera Nurul Ain Amirah dengan cara memegang bayi itu secara tunggang-terbalik ketika berjalan di dalam rumahnya.Dia dituduh melakukan kesalahan itu di rumah beralamat 100 A, Blok D, Mukim 12,Kampung Masjid, Sungai Ara, Bayan Lepas pada jam 9 pagi, 7 Mac lalu.

Tuduhan pertama mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan, membawa hukuman maksimum penjara 30 tahun dan denda manakala tuduhan kedua mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001, membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dan denda RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.


Timbalan Pendakwa Raya, Sariza Ismail, pada mulanya tidak menawarkan ikat jamin berdasarkan fakta mangsa adalah anak kepada tertuduh dan juga baru berusia empat bulan.Namun, ikat jamin kemudian ditawarkan nilai RM20,000 sebagai alternatif sekiranya mahkamah membenarkan ikat jamin.Mohamad Nasir yang mengenakan kemeja biru dan berseluar hitam kemudian meminta ikat jamin dikurangkan dengan alasan dia menanggung perbelanjaan keluarga.

Tiada ulasan: