Translate

Followers

EZ Q

Rabu, 18 Mac 2009

Kes Bapak kebulur anak tiri

Seorang budak perempuan berusia 12 tahun, berdepan masa depan gelap apabila disahkan hamil lima bulan selepas menjadi mangsa kerakusan bapa tiri yang mengambil kesempatan merogolnya di rumah mereka di Felda Gugusan Tersang, dekat sini, sejak November tahun lalu.Kejadian berlaku selepas bapa tiri berusia 39 tahun itu mengambil kesempatan merogol mangsa yang masih bersekolah ketika ibunya tiada di rumah. Bagaimanapun, mangsa ditemani ibunya hanya membuat aduan polis, 12 Mac lalu selepas disahkan hamil.Ketua Polis daerah, Superintendan Wan Samsuddin Wan Osman, berkata kejadian terbabit hanya disedari ibu mangsa selepas mendapati anaknya itu sering mengadu kurang sihat.


Berikutan itu, beliau berkata, mangsa dibawa menerima rawatan dan ibu mangsa terkejut apabila doktor mengesahkan anaknya itu kini hamil lima bulan.“Wanita berkenaan mengesyaki perbuatan itu dilakukan suaminya, seorang warga Indonesia.“Polis percaya lelaki terbabit melarikan diri dan pulang ke negara asalnya selepas mengetahui isterinya membuat aduan berhubung kejadian itu. Namun, kami tidak menutup fail kes dan usaha memburu suspek masih dijalankan.“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan sebatan,” katanya.Dalam kes lain, Wan Samsuddin berkata, polis menahan dua remaja bagi membantu siasatan berhubung kes rogol membabitkan seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun di bandar ini, kelmarin.Menurutnya, dua remaja masing-masing berusia 18 dan 23 tahun itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Raub untuk siasatan lanjut.
komentar :
inilah akibat tak der ilmu dan iman dalam diri akhirnya anak yang tak berdosa menjadi mangsa

Tiada ulasan: