Translate

Followers

EZ Q

Rabu, 18 Mac 2009

Hati-Hati Ketika Menjeling

Jelingan tajam seorang wanita ke atas seorang lelaki yang sedang bercakap seorang diri di kawasan pangsapurinya di Taman Industrial, Pandan Indah di sini, membawa padah apabila dia dibelasah ala gusti, lewat malam kelmarin.Dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa yang dikenali sebagai Junaidah, 39, mendakwa ditumbuk lebih 20 kali pada muka, dihentak kepala ke dinding selain dijulang sebelum dihempaskan ke lantai oleh lelaki terbabit menyebabkannya cedera serius.

Difahamkan, mangsa dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di sebuah restoran di kawasan berhampiran sebelum dibelasah lelaki berusia 30-an sebaik tiba di tangga pangsapuri berkenaan.Menurut Junaidah, dari jauh dia sempat melihat lelaki terbabit yang berpakaian agak kemas sedang duduk di atas tangga bercakap seorang diri, namun tiba-tiba bertindak mendiamkan diri sebaik dihampiri.


“Pada mulanya saya menyangka dia bercakap menggunakan telefon bimbit, namun sebaik menghampirinya baru saya sedar dia bercakap seorang diri. Malah, dia sempat merenung tajam ke arah saya.
“Sebaik saya cuba memanjat anak tangga pertama, lelaki berkenaan bergegas bangun sebelum menumbuk tepat pada muka menyebabkan saya terjatuh.“Dia terus menerpa ke arah saya sebelum menumbuk lagi muka saya beberapa kali menggunakan kedua-dua belah tangannya.“Ketika itu saya hanya mampu menjerit meminta pertolongan dan disebabkan itu, lelaki terbabit bertindak lebih ganas,” katanya.Menurutnya, lelaki terbabit terus mencengkam rambut dan mengheretnya sejauh kira-kira satu meter sebelum menghentak kepalanya ke dinding beberapa kali.

“Akibat hentakan itu, kepala saya mengalami pendarahan serius. Namun, tindakan itu tidak berakhir di situ apabila lelaki berkenaan terus menjulang sebelum menghempaskan saya ke lantai.“Dia kemudian meneruskan serangannya dengan menumbuk muka saya seolah-olah melepaskan geram.

Ketika itu saya hanya mampu berdoa kepada Tuhan supaya lelaki itu menghentikan tindakannya dengan segera.“Saya bernasib baik kerana penduduk taman berkenaan turun membantu sebaik terdengar jeritan saya,” katanya.Junaidah berkata, kehadiran orang ramai membuatkan lelaki terbabit cuba melarikan diri namun ditahan penduduk.Saksi kejadian, Irwanshah Ismail, 50, berkata Junaidah terus pengsan sebaik dia dan penduduk lain tiba dilokasi kejadian.“Saya terus membawanya ke Hospital Ampang di sini, untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

Akibat serangan itu, Junaidah menerima enam jahitan pada bibirnya dan patah dua gigi selain lebam dan calar teruk pada seluruh badannya.Menurut Irwanshah, lelaki yang menyerang Junaidah itu dipercayai kurang siuman yang baru berkeliaran di kawasan berkenaan sejak lima hari lalu.Sehubungan itu, Junaidah membuat laporan di balai polis Pandan Indah untuk siasatan lanjut dan difahamkan, lelaki terbabit juga sudah ditahan pihak berkuasa.

Tiada ulasan: