Translate

Followers

EZ Q

Jumaat, 13 Mac 2009

Kenapa Pelajar Sekolah Menengah sekarang nie ada yang tak jadi Orang ??

persoalan yang sebegini selalu bermain difikiranku disaat aku memerhatikan pelajar sekolah yang mundar mandir pulang dari sekolah.kadang-kadang heran juga aku bila tengok gelagat pelajar sekolah menengah yang bersekolah di bandar-bandar besar yang melepak di pusat-pusat membeli belah semasa waktu persekolahan.

kat mana silapnya segala masalah ini berlaku?? adakah sistem pendidikan di malaysia ini tak tersusun atau tak sesuai digunakan lagi??terlalu banyak persoalan yang bermain difikiranku ini.

semasa dalam kuliah, pelbagai isu yang dibangkitkan oleh rakan-rakan seperjuangan berkenaan dengan apa yang berlaku dihangatkan dan dihangitkan pula dengan isu gengsterisme yang melanda tak kira umur baik yang menengah rendah atau menengah atas. Tolak la isu yang berkaitan dengan perkauman. masalahnya siapa yang mengajar mereka bersikap sedemikian ? apakah tiada guru yang dapat membimbing mereka kearah kebaikan ?
ramai antara komuniti masyarakat yang menyalahkan profesion guru yang tak pandai untuk mengajar atau gagal mendidik generasi muda ini untuk menjadi manusia yang berguna dan berakhlak mulia. Pada pandangan saya semua pihak harus dipersalahkan bukan setakat guru sahaja yang bertannggungjawab terhadap golongan ini.
jika kita selidiki dengan sebaiknya pendidikan awal kanak-kanak bermula dirumah. maknaya ibu bapa yang bertanggungjawab untuk memberikan pendidikan yang sempurna bukan sahaja setelah lahir bahkan sebelum terjadinya janin tersebut. Ini kerana sesebuah usrah yang muslimah lahir daripada fardul muslim atau muslim yang sebenar iaitu lelaki yang soleh dan perempuan yang solehah.
tapi apa yang berlaku sebaliknya. sesetengah ibu bapa hanya mementingkan meterial dan akademik sahaja tanpa memikirkan soal kerohanian dan pembentukan aqidah yang sahih. Akibatnya anak-anak pandai dalam pelbagai bidang tetapi lemah dalam sahsiah diri. Akhirnya mereka hilang arah tujuan dan mengakibatkan generasi yang baru rosak dan tiada nilai diri.

Tiada ulasan: