Translate

Followers

EZ Q

Ahad, 8 Februari 2009

YB Nizar Masih MB Perak yang Sah: Ku Li -Malaysiakini

Sambil menyifatkan kejadian di Perak memalukan, bagi veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah, Menteri Besar Perak ialah Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin. "Menurut Perlembagaan, Datuk Seri Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar sehinggalah beliau meletak jawatan secara sukarela, atau dijatuhkan melalui undi tidak percaya di dalam sidang Dewan (Undangan Negeri) yang rasmi.

"Perlembagaan tidak membuat sebarang peruntukan untuk membolehkan beliau dijatuhkan dengan sebarang cara lain,termasuk petisyen atau arahan dari manmana pihak berkuasa yang lain," tegas Ahli Parlimen Gua Musang itu.
Tengku Razaleigh juga menekankan bahawa usaha menjatuh atau menubuhkan sesebuah kerajaan dengan apa jua cara lain dianggap pencabulan Perlembagaan Malaysia, penghakisan kedaulatan undang-undang dan menghadapi risiko menubuhkan kerajaan haram (kenyataan penuhnya di sini).

Ketika ditemui wartawan selepas mesyuarat khas Exconya, Mohammad Nizar memberitahu, Pakatan Rakyat menyerahkan kepada mahkamah untuk menentukan sama ada kerajaan negeri yang ada sekarang sah atau sebaliknya."Jadi kita serah sebulat-bulatnya kepada mahkamah untuk menentukan. Kalau mereka teruskan (angkat sumpah exco kerajaan negeri Barisan Nasional) sebelum mahkamah bersidang, maknanya kita akan ada dua menteri besar dan dua kerajaan.

"Belum pernah ada dalam dunia begini," katanya kepada pemberita di kediaman rasmi Menteri Besar Perak di Ipoh tengah hari semalam.Beliau mengulas kerumitan yang bakal timbul sekiranya majlis angkat sumpah barisan exco kerajaan negeri BN dilangsungkan Selasa ini selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir selamat mengangkat sumpah di Istana Iskandariah sebagai menteri besar baru Jumaat lalu.Mengulas mengenai mesyuarat khas exco yang dijalankan tanpa mengadap Sultan Perak sebagaimana kebiasaan mesyuarat exco, Nizar berkata, perkara itu "dibolehkan" kerana itu mesyuarat khas.Ditanya adakah beliau akan pergi bertugas ke pejabat Menteri Besar Perak Selasa ini sedangkan Zambry sudah dilantik sebagai menteri besar baru, secara bergurau Mohammad Nizar berkata, "saya akan berebut, siapa datang awal".


sourse : HRKH

Ulasan :

maknamya kerajaan baru yang ditubuhkan adalah kerajaan yang tak sah dari segi undang-undang @ kerajaan haram sebabnya kerajaan yang bukan dipilih oleh rakyat. Bak kata Tengku Razaleigh selagi tak ada undi tak percaya terhadap YAB Datuk Seri Nizar dalam DUN Perak, selagi tu juga beliau masih lagi MB Perak yang sah disisi undang-undang negeri.

Nampaknya sekarang nie yang kalut dan kemaruk nak jadi pemerintah bukanlah PR tetapi BN sebenarnya yang gila kuasa. samalah sifatnya dengan pembesar Kafir Quraish pada zaman Nabi SAW yang menawarkan habuan yang lumayan bagi menggagalkan usaha Nabi SAW untuk menyebar luaskan dakwah Islam. Kalau dulu Pembesar Kafir Quraish pernah menyatakan seperti begini " Wahai Muhammad, kalau kamu nakkan harta yang banyak , kami akan kumpulkan segala harta kami, harta keluarga kami yang berada di makkah, kami akan kumpulkan dan berikan kepada kamu. Sekiranya kamu nakkan pangkat, kami akan tabalkan kamu menjadi raja di negeri makkah ini dan sekiranya kamu inginkan perempuan-perempuan yang cantik, kami akan kumpulkan gadis-gadis yang cantik-cantik dan kami beri kepada kamu, yang penting kamu sanggup untuk berhenti daripada berdakwah "

Namun segala pujukan dan tawaran (rasuah politik) yang diajukan pada Nabi SAW ditolak mentah-mentah dengan kata-kata" Andai diletakkan bulan ditangan kananku dan matahari ditangan kiriku atas sebab untuk meninggalkan amanah ini, nescaya tidak akan kutinggalkan"Begitulah kuat dan kentalnya semangat Rasulullah dalam melaksanakan amanah yang telah diberikan.Tawaran tersebut turut diulangi kembali pada zaman sekarang.

Tiada ulasan: