Translate

Followers

EZ Q

Isnin, 9 Februari 2009

musim untuk menjual beli manusia masuk ke tahap kronik- Malaysiakini

assalamualaikum .. salam perjuangan.

pening kepala dan kadang kadang nak tergelak terbahak-bahak rasanya bila tengok senario politik negara pada hari ini. Bukan apa kadang-kadang betul apa yang dikatakan dalam dialog yang dituturkan oleh Tuan hussin Lempoyang dalam cerita Tiga Abdul yang cukup sinis dan cukup kena dengan keadaan yang cukup kronik "
meniaga manusia lagi untung dari meniaga onta" .

apa yang boleh aku kaitkan daripada apa yang dikatakan tadi berkaitan dengan peristiwa 'pembelian' ADUN yang berlaku dalam politik negeri perak dan negeri kedah (coming soon) yang menyebabkan kerajaan pilihan rakyat negeri perak tumbang ditangan mangkok ayon yang telah kerugian hampir sedozen negeri dalam pemilihan umum pada 8 mac tahun lepas.
dalam pikiranku, agak-agak manusia sekarang nie dah tak ada maruah agaknya dek kerana duit dan juga tawaran yang cukup menjijikkan membuatkan manusia telah hilang perhitungan dan pertimbangan akal dan nafsu. Dek kerana nak kejarkan jawatan yang boleh membawa seseorang makhluk itu mengalami evolusi menjadi seekor beruk dan katak yang suka untuk melompat kesana-dan kesini mengikut telunjuk tuan baru.

aku tak pasti apa yang akan berlaku selepas ini dan yang pasti pertubuhan penyamum-penyamun semalaya akan terus mengganas dan akan cuba untuk menggugat ketenteraman negeri pilihan rakyat sebelum tarikh pemilihan ketua penyamun yang baru dilangsungkan disebabkan ketua penyamun kebangsatan yang ada sekarang nie kuat tidor dan banyak lemak. aku cukup geram dan tak boleh tengok perkara ini berlaku didepan mataku dan andai kata ianya berlaku didepan mataku, ianya adalah perkara yang cukup terkutuk dan terkeji yang sama tarafnya macam pelacur jalanan.

sebagai mewakili generasi pewaris yang menyokong pendiri syariat, aku cukup menentang perkara yang cukup biadap ini. Takde maruah langsung. bongkau dulu. Salam

Tiada ulasan: