Assalamualaikum .. Salam Perjuangan
Rasanya dah malas pulak nak ikuti perkembangan semasa yang berlaku dalam negara disebabkan lagi difikirkan dan lagi direnung makin rumit dan makin kusut kepala ini nak memikirkan. Mana taknya dengan kes perebutan kuasa yang rasanya tak pernah sudah. Kes perebutan kuasa di Perak bagi diriku bukan lah satu perkara yang baru. Sampai kiamat pun masalah ini takkan sudah dek kerana pertelagahan yang berlaku.
Teringat dulu, pada peristiwa perebutan jawatan sultan yang berlaku pada zaman sebelum zaman pemerintahan sultan Yusuf (nenda sultan Azlan Muhibbuddin Shah,Sultan Perak Sekarang). Kisahnya apabila Raja Abdullah dan beberapa orang yang berasa tidak puas hati terhadap sistem penggiliran yang tidak diikut dengan betul sehingga menimbulkan kekalutan dan perselisihan yang membawa kepada campurtangan inggeris.

kini perkara tersebut berulang kembali apabila timbul isu perlantikan menteri besar perak yang baru yang dipilih oleh sultan dan bukan pilihan rakyat. Apa yang dapat saya simpulkan untuk menarik perhatian semua ialah kebanyakan peristiwa yang berlaku banyak melibatkan kawasan hilir Perak. Kawasan hulu perak tak terkesan langsung malahan tak ada langsung. Jika kita soroti apa yang berlaku sebelum ini, perjanjian pangkor berlaku di hilir perak, kekalutan dan perebutan kuasa pun berlaku di hilir perak dan kini ianya berlaku lagi. Pendek kata, Hilir perak medan pertembungan dan kekalutan dalam negeri Perak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan