Translate

Followers

EZ Q

Selasa, 10 Februari 2009

Pak Ngah Cadang Ir Nizar MP Bukit Gantang - Malaysiakini

IPOH 9 Feb. — Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham mencadangkan PAS menimbang untuk meletakkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai calon pilihan raya kecil kawasan Parlimen Bukit Gantang.

Sambil menyatakan beliau membuat cadangan itu atas kapasiti peribadinya, Ngeh berkata, adalah elok jika Nizar dipilih sebagai calon kerana rakyat boleh menyatakan pandangan mereka mengenai perubahan kerajaan negeri itu.

“Ini hanya pandangan peribadi saya. Terpulang kepada PAS untuk membuat keputusan. Walau siapa pun calonnya, kami akan memberikan sokongan penuh kami,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.


sourse : Bernama


Ulasan assirkami :


Cadangan yang rasanya boleh dipertimbangkan oleh pihak YB Nizar. Pada pandangan saya nampak sesuai mungkin rezeki Allah ta'ala nak beri pada orang yang teraniaya. selain daripada itu juga kena berhati-hati dengan tindak tanduk musuh yang bertanduk. kadang-kadang kancil selalu lupakan jerat tetapi jerat tak pernah lupakan kancil.


Apa pun Datuk Seri Ir Nizar bukan seorang personaliti yang kecil padaku. Lagi elok kalau jurutera atau arkitek yang pimpin negara atau negeri daripada Doktor yang asik sakit sampai nak ubatkan diri sendiri pun tak mampu. kalau nak kata Doktor saja yang layak pimpin negeri maknanya Datuk Ali Rustam tak layak pimpin negeri lah sebab DAR bukan ada degree dalam bidang kedoktoran pun mahupun PHD.. hehehehe.. tapi kalau DR yang soleh dan beriman dengan Islam yang sebenar aku sokong daripada DR yang tak beriman.

Tiada ulasan: