Translate

Followers

EZ Q

Jumaat, 6 Februari 2009

Kisah Kejatuhan Pemerintahan Ummat Islam- Malaysiakini

assalamualaikum dan salam perjuangan

Dalam pemerhatian terhadap apa yang berlaku di Perak, apa yang dapat dicungkil dan melalui penelitian yang buat, kebanyakan pergolakan dan kekalutan yang berlaku sebenarnya adalah satu perancangan jahat yang telah lama dirancang rentetan daripada kekalahan yang dialami oleh Barisan Nasional. Dalam diam mereka melaksanakan satu perancangan yang cukup kemas dan licik dikala para pimpinan pakatan rakyat serta rakyat perak sedang merasai satu kelainan bila berada dibawah kepimpinan Datuk seri Ir Nizar.

sudah menjadi kebiasaan dan resam alam, yang baik nie biasa tak lama dan yang tak baik nie biasanya yang akan bertahan lama dan kalau kita singkap sejarah pemerintahan contohnya pada zaman khilafah arrashidin , kebanyakan khalifah memerintah tak lama dan kalau kita singkap pemerintahan yang tidak baik contohnya firaum dan namrud, pemerintah ini memerintah dengan kejam dalam tempoh masa yang cukup lama sehingga di kenang dalam sejarah bahkan disebutkan sebagai golongan yang diazab Allah di tahap yang paling kronik bersama Tansri Abu Jahal, Abu Lahab,Datuk Seri Qarun dan Tun Hamman.

Perangai dan perlakuan buruk mereka kini diwarisi dari zaman ke zaman mengikut tempoh masa pemerintahan. Semasa zaman pemerintahan islam pun ada juga pemimpin yang zalim dan korup dan dituruti oleh pimpinan pada zaman kita hari ini. Kebanyakan dari mereka terang dan jelas menentang hukum Allah SWT. Begitu juga dalam Negara kita. Tak payah nak fikir jauh-jauhlah , kita singkap sejarah kejatuhan Khilafah uthmaniah di turki, sejarah Kesultanan Melayu Melaka. Pemerintahan Khilafah utmaniah jatuh bukan dek kerana negara tersebut diserang secara mengejut oleh pihak musuh tetapi ianya diserang oleh golongan munafiq yang disokong oleh Yahudi. Disamping itu, Pemerintahan Khilafah turut lemah disebabkan semangat perkauman(Nasionalis) yang digembar-gemburkan kepada masyarakat umum, Turki hanya untuk Turki, Arab hanya untuk Arab dan tak kurang juga dengan kekurangan kepekaan pimpinan islam terhadap islam yang menjadi teras dalam pemerintahan. AlQuran dan Assunnah tidak dijadikan panduan malahan mereka leka dengan habuan dunia.Akhirnya pemerintah turki dijatuhkan oleh rakyatnya sendiri dengan bantuan daripada musuh islam.

Begitu juga kisahnya dengan Kejatuhan Empayar Kesultanan Melayu Melaka yang dulunya salah sebuah daripada Kesultanan yang terkuat diasia tenggara, runtuh dan lebur disebabkan pemerintah yang lalai dan leka dengan hiburan dan kesenangan yang melampau. Apa gunanya adanya pemerintahan yang kuat andai agama dikesampingkan malahan diketepikan. Raja sibuk untuk mengumpulkan kekayaan, terpedaya dengan kemewahan, harta , kedudukan dan perempuan. Akhirnya empayar yang terkuat tersebut lumpuh dan tak bangun hingga kini.Itulah sebabnya hingga kini melaka tidak beraja dan rakyat lebih senang bila tiada raja.

Dalam Islam tiada istilah raja, yang ada hanyalah khalifah. Justeru ummat islam kini mengharapkan agar sistem khilafah kembali menaungi ummat serta melakukan pembelaan terhadap apa yang berlaku.


Tiada ulasan: