Translate

Followers

EZ Q

Sabtu, 3 Januari 2009

Palestin : Cukupkah Sekadar Mengutuk -Malaysiakini

Setiap hari kita dipaparkan dengan perilaku biadap rejim haram zionis yang menganiayai bangsa palestin dan jelas dipaparkan di media arus perdana mengenai kezaliman dan penindasan yang dilakukan oleh mereka keatas ummat islam khususnya yang berada digenting gaza dan tebing barat.

malahan yang lebih teruk dan memalukan apabila pemimpin-pemimpin arab yang berada disekeliling palestin khususnya hanya sekadar membisu dan bersembunyi di balik serban-serban yang besar. ada juga yang turut sama berstongkol dengn yahudi.

Dimanakah silapnya ?? apa yang dapat saya simpulkan disini ialah permasalahan yang berlaku ini bukan lah satu fenomena yang baru bahkan ianya salah satu wabak atau virus yang menjadi satu time bomb disebabkan ummat islam telah lupa pada salh satu daripada wasiat nabi " Telah aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tak akan sesat buat selamanya sekiranya kamu berpegang teguh dengannya iaitu kitabullah dan sunnah rasulnya"

jelas sekali apa yang kita boleh gambarkan dalam minda kita pada hari ini bahawa ummat islam yang ada diatas mukabumi Allah telah mula melupai pusaka ini. Malahan ini telah diakui sendiri oleh salah saorng daripada ahli parlimen britain bahawa andaikata ummat islam masih lagi berpegang teguh dengan AlQuran dan Assunnah, maka orang yang bukan islam tak akan dpat untuk menguasai mereka.

inilah senario yang kita lihat pada hari ini. Kesan daripada penjajahan minda dan pemikiran serta kelekaan dn kelalaian ummat islam sendiri terhadap tanggung jawab yang telah diberikan untuk mempertahankan agama menyebabkan orang yang bukan islam mengambil kesempatan terhadap ummat islam. Selain itu juga, Kerakusan pimpinan ummat islam sendiri yang tidak mahu melaksanakan islam secara syumul serta menerapkan prinsip-prinsip islam dan kefahaman yang mantap menyebabkan islam dipandang sepi oleh masyarakat.

Hanya kutukan dan cacian sahaja yang mampu dilemparkan kepada golongan pengganas ini sedangkan jika kit bandingkan kekuatan yang dimiliki oleh negara Ummat islam cukup kuat dan canggih jika nak dibandingkan dengan tentera yang dimiliki oleh negara bukan negara ummat islam. silapnya kita apabila berlaku isu yang remeh temeh kita cukup memberatkan berbnding dengan isu yang nyata terang-terang merbahaya buat kita, tapi kita ambil sambil lewa. apa pun muhasabah adalah penting dalam menyelesaikan segala masalah.

Tiada ulasan: