Translate

Followers

EZ Q

Ahad, 4 Januari 2009

Apa Komen Anda Pada Statement Ini ???-Malaysiakini

Amerika Syarikat (AS) semalam menegaskan, tentera darat Israel bebas untuk menyertai serangan udara ke atas Gaza atas alasan “mempertahankan diri” daripada ancaman Hamas.Pentadbiran White House dan Jabatan Negara AS menekankan, Israel berhak berbuat apa sahaja untuk melindungi rakyatnya dan pada masa yang sama turut mendesak Hamas mematuhi syarat rejim Zionis sekiranya mahu melaksanakan gencatan senjata.

Timbalan Setiausaha Akhbar White House, Gordon Johndroe berkata, AS bagaimanapun telah meminta Israel mengelak daripada membunuh orang awam dalam operasi ketenteraannya baik serangan udara atau menggunakan tentera darat.“Semua keputusan bergantung kepada Israel sendiri. Sebarang langkah yang diambil, sama ada serangan udara atau darat atau apa jua bentuk serangan adalah sebahagian daripada operasi yang sama,’’ kata Johndroe.

Kenyataan terbaru negara sekutu kuat Israel itu dibuat sewaktu Washington berdepan dengan kritikan di seluruh dunia kerana gagal mengawal konflik yang kini meragut lebih 430 nyawa rakyat Palestin.

Ironinya, sebahagian besar daripada mereka yang terkorban merupakan penduduk awam yang terdiri daripada orang tua, wanita dan kanak-kanak walaupun tentera Israel telah diberi ‘amaran’ oleh AS untuk mengelak tempat-tempat awam.

Ribuan askar Yahudi kini berada di sempadan Gaza dan bersedia untuk menceroboh masuk sebaik saja mendapat lampu hijau daripada Kabinet Israel dalam usaha menghapuskan pergerakan Hamas.

Setiausaha Negara AS, Condoleezza Rice yang memberi taklimat ringkas kepada Presiden George W. Bush berkata, Washington sedang mencari jalan diplomasi dengan sekutunya itu.“Kami sedang mengusahakan gencatan senjata yang tidak akan membenarkan keadaan sebagaimana yang sedia ada tanpa dibuat sebarang perubahan sehingga Hamas terus melancarkan roket dari Gaza.“Gencatan senjata sudah pasti akan dimulakan tidak lama lagi tetapi kita memerlukan gencatan senjata yang tahan lama dan berkekalan, kata Rice kepada pemberita di luar White House.

Pegawai AS menyatakan Bush dan Perdana Menteri Israel kini “berada di halaman yang sama” mengenai syarat gencatan senjata.

ulasan :

Masihkah boleh diberikan kepercayaan kepada makhluk yang mendakwa diri mereka sebagai polis dunia ini ?? atau Ummat Islam di Malaysia sudah tutup kedai tak mahu untuk membincangkan serta bertindak terhadap tindakan zalim yang dilakukan oleh makhluk terkutuk ini ??Fikirkan dan Jalankan Tanggungjawab kita sebagai Saudara Seagama.

Sebagai Orang yang mempunyai akal fikiran yang waras wajarkah kita biarkan prilaku yang tak semenggah ini membelasah saudara seketurunan dan seagama dengan kita ??Sedangkan kita tau Sabda Nabi SAW " Siapa Yang beriman kepada Allah dan Rasulnya,Maka hendaklah kita mengasihi saudara kita" Dan dalam hadith yang lain Nabi Menyebut " Tiga tanda seseorang itu akan merasai kemanisan iman , yang pertama apabila ia mengasihi Allah dan Rasul lebih daripada mengasihi yang lain, yang kedua ia mengasihi saudaranya semata-mata kerana Allah dan yang ketiga, apabila seseorng itu takut untuk melakukan kemungkaran sepertimana dia takut dicampakkan dalam api neraka." Oleh yang demikian apa tindakan kita seterusnya.

Tiada ulasan: