Translate

Followers

EZ Q

Khamis, 15 Januari 2009

Pak Ali Pijak Muka Bush -Malaysiakini

Kira-kira 10,000 orang membanjiri Dewan Melaka International Trade Centre (MITC), sempena Forum Kekejaman Terhadap Rakyat Palestin dan Pelancaran Tabung Bantuan Kemanusiaan Rakyat Palestin yang berlangsung di sini, semalam.

Program yang bermula seawal jam 9 pagi itu dihadiri pelajar dari Institut Pengajian Tinggi seluruh Melaka, peserta Latihan Khidmat Negara (PLKN), persatuan belia negeri dan kakitangan kerajaan serta swasta. Sebagai tanda bantahan terhadap tindakan Israel ke atas rakyat Palestin, acara membakar bendera Israel dan membaling kasut ke arah patung muka presidennya dilakukan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam.

Sementara itu, seramai sembilan ahli panel dijemput untuk menjayakan forum berkenaan. Antaranya, Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Tan Lian Hoe; Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M Saravanan; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator T Murugiah; Penyelaras Aman Malaysia, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir; wakil Mercy Malaysia, M Shahool Hameed Mohd Meerah dan pejuang keamanan, Profesor Dr Chandra Muzafar.

Chandra Muzafar ketika berucap pada forum berkenaan berkata, perjuangan yang dilakukan ke atas rakyat Palestin merupakan satu perjuangan yang berlandaskan keadilan dan menuntut keamanan. Menurutnya, ia perlu disertai sifat jujur dan ikhlas iaitu berjuang semata-mata mahu menuntut keamanan dan membela rakyat yang tertindas. “Kita sedar, ramai yang bangkit membela dan menentang kekejaman dilakukan Israel terhadap penduduk di Gaza, tetapi adakah mereka ikhlas?

“Kita tidak mahu mereka membuat sesuatu tanpa tahu tujuan dan matlamat sebenar. “Malah kita sendiri tahu, ada pemimpin Islam dan masyarakat Arab sendiri yang mengkhianati Palestin, seperti yang dilakukan Amerika Syarikat dan sekutunya.

“Oleh itu, kita perlu bangkit dan membela nasib rakyat negara itu yang tertindas, supaya mereka juga mampu mengecap keamanan dan kemakmuran seperti yang ada di Malaysia,” katanya.

Sementara itu, menurut Timbalan Menteri Pelajaran 1, Datuk Ir Dr Wee Ka Siong, pihaknya akan menggembleng tenaga semua guru di negara ini bagi menyampaikan mesej kekejaman yang dilakukan Israel terhadap rakyat di Palestin. “Ini penting bagi menunjukkan kemarahan dan kebencian kita terhadap orang Yahudi yang tidak berperikemanusiaan dan suka menindas,” katanya.

sumber :
Sinar Harian Melaka


ulasan :

Beraninya Pak Ali pijak muka bush dan kepala bush. ingatkan Pak Ali nie nak memuja Bush jugak .. Tahniah .. Teruskan Usaha Memboikot barangan buatan Yahudi

1 ulasan:

si lembik's berkata...

mana ada sampai 10 ribu bro..kencing orang bole la......itu pun budak2 kerajaan kena kerah ke sana..kalo tak jangan harapla ramai tu...tapi apa2 hal aku sokong untuk ganyang israel dan amerika celaka tu !!