Translate

Followers

EZ Q

Selasa, 13 Januari 2009

Pro Mahasiswa Yakin Tawan UM

Kumpulan pro-Mahasiswa Universiti Malaya (UM) mendakwa mereka mampu menafikan majoriti dua pertiga penguasaan lawan mereka, pro-Aspirasi dalam pilihanraya kampus universiti itu 19 Januari depan.

Pengerusinya Norazali Zainuddin berkata, tahun ini, pihaknya mensasarkan untuk memenangi sekurang-kurangnya enam daripada sembilan kerusi umum dan 25 daripada 32 kerusi fakulti yang dipertandingkan.Pro-Mahasiswa kini menguasai 11 daripada 41 kerusi yang dipertandingkan di universiti berkenaan.

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UM dibubarkan bulan lalu untuk membolehkan pilihanraya kampus diadakan.Ketika dihubungi Malaysiakini, Norazali bagaimanapun berkata, persaingan kali ini dijangka sengit dengan membabitkan pertandingan dua penjuru antara kedua-dua pihak yang bertanding.Sehubungan itu, kata beliau, pihaknya perlu bekerja keras untuk merealisasikan sasaran mereka untuk menafikan penguasaan pro-Aspirasi sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Bagaimanapun, Norazali yang juga mahasiswa tahun akhir Fakulti Sains berkata, jika mereka dapat memenangi kerusi-kerusi pilihan, penguasaan kumpulan pro-Aspirasi akan tamat terus dalam pilihanraya kampus tahun depan.Penamaan calon esokKatanya, Pro-Mahasiswa akan meletakkan calon di semua kerusi yang dipertandingkan. Pagi esok UM dijadual mengadakan penamaan calon di Kompleks Perdana Siswa, berdekatan pusat pentadbiran universiti itu.

Beliau juga berkata, pro-Mahasiswa akan menghantar semua calon tempatan, bukan pelajar luar negeri walaupun pihak universiti membenarkan kelompok itu turut serta buat pertama kali sebagai calon dalam pilihanraya kampus kali ini."Ia mungkin baik untuk imej (kumpulan), tetapi daripada keberkesanannya mungkin tidak. Kalau di UIA (Universiti Islam Antarabangsa) lain, hampir separuh penuntutnya pelajar asing," katanya.

Sehubungan itu, Norazali berkata, 150 penyokong pro-Mahasiswa akan berarak kira-kira 100 meter dengan berpakaian oren - warna rasmi pro-Mahasiswa di UM - dari Tasik Varsiti ke Kompleks bagi menyatakan sokongan terhadap calon mereka.Katanya, mereka akan membawa kain rentang dan sepanduk bertulis "Change and hope" serta "Change, yes we can" - mengitar semula slogan kempen Barrack Obama ketika kempen pilihanraya presiden Amerika Syarikat tahun lalu - yang menjadi slogan dan tema pro-Mahasiswa tahun ini.

Setakat ini tiada sebarang insiden berlaku dan suasana masih tenang, tambah Norazali.
Sebagai kampus utama di Lembah Klang, pilihanraya di UM sentiasa menjadi tumpuan ramai bagi melihat pengaruh kerajaan di universiti melalui kumpulan pro-Aspirasi yang cenderung kepada kerajaan dan pro-mahasiswa yang bersikap sebaliknya.

sumber : Malaysiakini

Tiada ulasan: