Translate

Followers

EZ Q

Khamis, 15 Januari 2009

Rasuah berleluasa di IPTA ??

Assalamualaikum dan salam sejahtera .. salam perjuangan

petang tadi saya bersama beberapa orang rakan berjaulah ke satu kawasan yang merupakan tempat perkumpulan mahasiswa di Universiti tempat saya menimba ilmu pengetahuan.

dalam pada berjaulah tadi saya singgah di satu meja yang terdapat diatasnya beberapa helaian risalah yang turut menarik perhatian saya. Ada satu risalah yang cukup menarik perhatian saya tadi ialah mengenai rasuah yang diberikan oleh salah saorang daripada pegawai pengurusan universiti yang menawarkan ganjaran bagi calon yang bertanding dalam pilihanraya kampus yang ingin melompat parti. Disini terdapat dua parti yang bertanding iaitu Penggerak Mahasiswa(dulunya Aspirasi) dan Pro Mahasiswa.

dari apa yang saya teliti, tindakan pegawai terbabit menawarkan rasuah kepada calon bukan satu perkara yang asing kerana bukan hanya dalam universitu sahaja yang berleluasanya gejala rasuah ini malahan kita turut digemparkan sebelum ini dengan Laporan Rasuah oleh pemimpin-pemimpin ternama.

Mana tak tumpah kuahnya kalau tak ke bawah. Begitulah nampaknya apabila virus rasuah yang dulunya banyak didengari di dalam bidang politik kini telah pun menular dikalangan mahasiswa pula. Rasanya memang payahlah kalau SPRM nak jalankan tugas untuk cegah rasuah kalau di universiti pun terlibat dengan rasuah.

Tiada ulasan: