Translate

Followers

EZ Q

Rabu, 21 Januari 2009

Lelaki digalak menjadi guru @ cikgu-Malaysiakini

LONDON: Ibu bapa menggesa lebih ramai lelaki menjadi guru kerana tidak ramai golongan itu boleh dijadikan contoh anak mereka. Desakan semakin kuat di kalangan ibu tunggal, yang memberitahu anak mereka tidak banyak berhubungan dengan lelaki yang bertanggungjawab. Kajian mendapati satu daripada setiap enam kanak-kanak yang tinggal dengan ibu memperuntukkan tidak sampai dua jam seminggu dengan lelaki contoh, seperti bapa, saudara atau guru. Satu dalam setiap tiga kanak-kanak ada hubungan itu tidak sampai enam jam seminggu.

Sejak lebih 20 tahun lalu, terdapat penurunan mendadak di kalangan lelaki yang bekerja di sekolah dan nurseri dan aliran yang semakin meningkat di kalangan kanak-kanak untuk tidak dididik oleh lelaki. Kekosongan dalam usaha merekrut lelaki dipersalahkan di atas persepsi kalangan lelaki bahawa pengajaran, terutama kanak-kanak, ialah 'tugas' wanita dan mereka berisiko berdepan dakwaan palsu mendera kanak-kanak. Bagaimanapun, 55 peratus ibu bapa berkata mereka mahu melihat guru lelaki mengajar kanak-kanak. Ia mencecah kepada 66 peratus di kalangan ibu tunggal dan lebih satu pertiga daripada responden dalam tinjauan yang dibuat bersetuju guru lelaki boleh memberi contoh baik kepada murid lelaki.

Dua puluh lima peratus percaya murid lelaki berkelakuan lebih baik jika diajar guru lelaki. Majoriti ibu bapa berkata, lelaki dan wanita mempunyai skil berbeza untuk diajar kepada kanak-kanak dan nurseri sepatutnya menunjukkan bayangan sebenar campuran jantina. Namun di sebalik permintaan untuk guru lelaki, hampir dua pertiga daripada 1,000 ibu bapa berkata mereka menghantar anak ke pusat jagaan yang tidak mengupah pekerja lelaki. Majlis Perkembangan Kanak-Kanak yang menyelia tinjauan berkata, ia mahu menggalakkan lebih ramai lelaki melihat tugas penjagaan anak dan nurseri sebagai karier.

Tiada ulasan: