Translate

Followers

EZ Q

Selasa, 20 Januari 2009

Umno dah bangka ?? -Malaysiakini

mungkin kenyataan dan statemen ini nampak panas tapi ini hanyalah ulasan daripada apa yang dilontarkan oleh Calon Timbalan Presiden UMNO yang mengatakan bahawa UMNO sekarang sudah hilang serinya dan hilang daya penariknya yang menatijahkan kekalahan dalam pilihanraya kecil kuala terengganu. ini disebabkan UMNO / BN kehilangan sokongan muda khususnya saluran 2,3 dan 4 yang rata-rata mahukan perubahan dengan mengundi Parti Bulan Purnama.

Tak Sudah dengan masalah politik wang dan krisis dalaman yang melanda UMNO dan parti komponen yang gilakan kuasa, UMNO telah meletakkan calon yang kurang popular dan rasanya tak popular langsung.Dengan tujuan hanya sebagai syarat bertanding sahaja tanpa memikirkan sentimen dan kehendak rakyat,UMNO mengambil tindakan drastik dengan memaksa dan mengheret pegawai keselamatan bagi memastikan rakyat takut dan terpaksa akur dengan kehendak mereka.

Jelas sekali segala tindakan yang dilakukan satu tindakan yang tak semenggah dan membazirkan masa,waktu dan tenaga. Kenyataan Tan Sri Mohyeddin Mohd Yassin adalah satu kenyataan yang boleh saya sifatkan sebagai teguran yang perlu diberikan perhatian untuk melakukan pembaharuan terhadap kepimpinan yang nampak cukup memboringkan. Kebanyakan dari anggota menyatakan bahawa parti pemerintah tersebut sudah sampai masa untuk di Muziumkan sepertimana yang dilakukan oleh Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam. Apa pun perubahan perlulah dilakukan .

Tiada ulasan: