assalamualaikum .. salam perjuangan
alhamdulillah minggu ini adalah minggu ke 4 daku berada di perantauan untuk menuntut ilmu di universiti.Hari ini adalah hari terakhir bagi pelajar-pelajar under graduate berada di universiti dek kerana mereka akan bercuti selama seminggu untuk cuti pertengahan semester. Bagi diriku yang masih berbaki lagi perjuanganku ini hanya dibenarkan cuti dua hari sahaja iaitu sempena cuti tahun baru cina dan kami seumpama pegawai perkhidmatan awam yang lain yang hanya bercuti 2 hari sahaja.
ada diantara kami yang mengambil keputusan awal untuk balik bercuti dikampung. bagi diriku yang belum ada keluarga sendiri perkara tersebut bukan lah menjadi satu perkara yang mustahak disebabkan daku telah bersua ngan ibu dan ayah yang mengambil ubat di Institut Jantung Negara. Tapi yang mengherankan, kalau yang minta cuti tu yang dah ada anak dan suami sendiri tak pelah kalau nak minta balik kampung tapi masalahnya yang bujang pulak yang lebih-lebih.
kadang tak faham jugak apa sebenarnya yang dicari. jika kufikirkan banyak lagi kerja kursus dan kerja yang telah dibekalkan yang perlu dibuat. Mungkin ada juga yang mempunyai alasan terlalu rindu dengan ibu dan ayah dan bak kata orang tua-tua tak leh nak berenggang dari bawah ketiak mak dan masih belum putus susu lagi.
apa pun , ramai yang telah mengambil keputusan untuk pulang dan terpulanglah pada diri masing-masing untuk buat pilihan yang tepat. Selamat Bercuti bagi yang bercuti ...semoga bersua lagi .. assalamualaikum
Tiada ulasan:
Catat Ulasan