Translate

Followers

EZ Q

Khamis, 8 Januari 2009

Isu Palestin Isu Ummat Islam - Malaysiakini

assalamualaikum ...

Lama juga rasanya lama jugak jejari ini tak menari nari diatas keyboard ini dan rasanya banyak isu yang berlaku mutakhir ini dan cukup hebat diperkatakan terutama sekali isu luar negara yang melibatkan ummat Islam khususnya di Palestin.

Tapi apa yang berlaku tetap akan berlaku sebab ianya janji Allah yang telah pun termaktub dalam Al-Quran dan jugak hadith Nabi SAW mengenai kehancuran bangsa Yahudi serta pembantaian Ummat Islam di seluruh dunia. Saya melihat perkara ini bukan lah sebagai satu perkara yang baru malahan perkara atau musibah ini sudah cukup sarat dan serik diperkatakan di media massa dn sebagainya. Tetapi persepsi ummat Islam diseluruh dunia memandang ini hanyalah perkara yang kecil dan remeh.

Saya berani mengatakan bahawa isu palesin sebenarnya bukan isu perkauman atau isu bangsa tetapi isu ummat Islam. ini kerana semenjak kejatuhan pemerintahan khilafah uthmaniah di Turki pada tahun 1924 dan penubuhan negara haram yahudi israel pada tahun 1948, ummat Islam telah mula lupa dan leka akan kewajipan mereka terhadap Islam sebagai pegangan hidup mereka. Al Quran mula dicampakkan ketepi dan mereka berhukum dengan hukum hakam dunia dalam menyelesaikan masalah. Sebenarnya inilah kesilapan Ummat Islam sendiri yang tak mahu menegakkan yang benar.

Malahan ketidak pekaan serta kedegilan mereka yang memekakkan telinga dari mendengar rintihan golongan yang tertindas ini telah menyebabkan musuh Islam mengambil kesempatan diatas kelalaian mereka. Bahkan pemimpin-pemimpin yang kononnya menjadi pemimpin dalam negara Islam sanggup bersekongkol dan berkompromi dengan amerika yang terang-terang menyokong dasar yahudi untuk menghancurkan dan melenyapkan alaqsa atau alquds dari bumi Baitul Muqaddis.

Tak perlulah kita nak memekik -mekik terlolong-lolong meminta simpati andai kata tangan kita, mata kita serta seluruh anggota badan kita sudah diseliratkan dengan ideologi serta fahaman yang bertentangan dengan Islam. jika kita lihat realiti masa kini berapa ramai orang yang faham erti Islam dan iman yang sebenar?? berapa ramai orang yang cintakan Islam dan iman yang disematkan dan syahadah yang selalu diucapkan setiap kali solat fardhu.

Saya boleh katakan yang kita sebenarnya telah berbohong dan berdusta dengan Allah bahkan lebih dari itu kerana jika kita faham mengenai falsafh serta pengertian Islam dan iman yang sebenar-benarnya kita takkan menyokong segala tindakan serta prilaku yang diperbuat ke atas saudara seagama dengan kita. Apa yang akan kita jawab bila ditanya mengenai agama kita andai kata kita tidak peka terhadap isu agama. Apa yang boleh kita jawab bila ditanya siapa saudara kita sedangkan kita tidak pernah memperdulikan sahabat dan saudara seagama dengan kita.

Oleh itu sama-sama kita semarakkan semangat untuk memperjuangkan dan mempertahankan Islam daripada luput dari ingatan kita.

Tiada ulasan: