Translate

Followers

EZ Q

Sabtu, 10 Januari 2009

Israel dah memang salah ummat islam lagi banyak salah-Malaysiakini

assalamualaikum

mungkin agak kasar bunyi tajuk yang ingin saya utarakan dalam entry kali ini. ini hanyalah pandangan saya semata dan tak ada kait dengan mana-mana pihak yang berkenaan. apa yang ingin saya katakan ialah mengenai kesilapan kita yang telah kita lakukan sebelum-sebelum ini berkenaan dengan isu yang sebelum ini dipandang lesu oleh masyarakat khususnya masyarakat antarabangsa termasuklah rakyat malaysia sendiri khususnya dalam isu ummat islam.
perkara ini juga dibangkitkan oleh salah seorang daripada pensyarah saya sewaktu dalam muhadarah. Beliau menyatakan bahawa kesilapan israel terhadap masyarakat antarabangsa khususnya PBB ialah menyerang beberapa kem yang menempatkan pelarian rakyat palestin beberapa hari lalu. Malahan kita juga silap dan bersalah kerana sebelum ini kita tidak pernah mengendahkan mereka yang menderita.
pada pandangan saya, saya bersetuju dengan pandangan pensyarah saya tadi kerana , isu palestin bukanlah satu isu yang baru tetapi isu yang sudah lama berlaku dan hampir dilupakan oleh ummat islam secara keseluruhan. Sebenarnya isu palestin bukan isu kebangsaan tapi isu agama. saya ulangi ianya adalah isu agama. sepertimana dalam hadis Nabi SAW ada dinyatakan bahawa akan tiba pada satu masa nanti sebelum berlakunya kiamat, orang-orang yahudi akan berusaha bersungguh-sungguh untuk merebut dan mendapatkan kembali masjidil alaqsa yang sebelum ini pernah ditadbir dibawah kekuasaan islam.
mereka bersungguh-sungguh untuk menakluki dan hampir separuh sudah ditakluki tapi apa yang kita buat ?? kita hanya mampu berdoa sahaja ?? sedangkan negara-negara Islam yang lain jika kita lihat dari segi ketenteraan dah cukup kuat. Malaysia pun tak kurang hebatnya dengan kapal selam scopane yang akan tiba julai nanti. Tak bolehkah jika negara ummat islam ini bersatu dan menghantar bekalan tentera dibawah payung OIC untuk memberikan bantuan pada rakan-rakan dan sahabat yang berada dipalestin sepertimana yang pernah disuarakan oleh Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad. Isu Palestin Isu Agama.
mana semangat persaudaraan yang kononnya dikatakan semakin erat dikalangan ummat Islam?? kalau takat cakap saja buang masa.Hantarkan sahaja bala tentera yang sudah terlatih ke Palestin untuk bantuan. Ingatkah sahabat sekelian pada khilafah Islamiah Turki. Jika kita baca dan rujuk kembali dalam sejarah melayu, sewaktu kejatuhan kerajaan melayu dimelaka dulu, angkatan armada khilafah uthmaniah ada menghantarkan bantuan kepada Kerajaan pimpinan Sultan Mahmud Melaka, Tapi karam ditengah lautan hindi.Begitulah semangat yang ditunjukkan. Kita apa ada ???

Tiada ulasan: