Translate

Followers

EZ Q

Rabu, 28 Januari 2009

Datuk Ali Takut Hilang Pengaruh Sebelum Pemilihan-Malaysiakini

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata perbincangan lebih lanjut perlu dilakukan terlebih dulu berhubung cadangan pembubaran sayap Puteri dan biro Putera sebelum sebarang keputusan diambil mengenainya. Selain itu, beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri berkata, adalah lebih baik jika diwujudkan satu suruhanjaya pemilihan parti dengan pembabitan terus kalangan 3.4 juta ahli Umno. "Dengan cara ini, sudah tentu politik wang dapat dielakkan kerana sukar bagi seseorang calon memikat ahli seramai itu," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.


Hari ini, Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail, mencadangkan sayap parti, Puteri dan biro Putera dibubarkan bagi mengelak gejala politik wang. Sambil menyifatkan Umno perlu distrukturkan semula, beliau berkata, kewujudan Putera dan Puteri melemahkan Umno kerana lebih banyak pemilihan, lebih banyak gejala terutama politik wang melanda parti. Beliau berkata ahli kedua-dua pergerakan itu seharusnya memberi tumpuan kepada pelajaran berbanding politik kerana masih muda dan belum sesuai untuk berpolitik.


Sourse : Berita Harian


Ulasan assirkami:

Sebenarnya dari pembacaan saya terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh DAR menampakkan seolah-olah beliau akan kehilangan pengaruh dan sokongan ini kerana pada hemat saya kebanyakan yang menyertai UMNO di Melaka khususnya adalah melalui kempen yang dibuat iaitu Keluargaku Ahli UMNO. Nampak sangat yang DAR kini cuba untuk menarik populariti serta simpati dari pihak pimpinan dan lembaga disiplin UMNO.Bersempena pula sekarang ini tengah heboh dikatakan mengenai rasuah politik @ politik wang, DAR cuba mengalihkan pandangan dengan mencadangkan supaya ditubuhkan suruhanjaya. sedangkan sudah terang lagi bersuluh yang UMNO kini berada dalam kehancuran. Oleh sebab yang demikian, DAR cuba mengelabukan pandangan ramai berkenaan dengan apa yang telah dilakukan oleh beliau dan gerombolan beliau.

1 ulasan:

saji berkata...

masalah politik wang -umno bukan kerana umno mempunyai sayap pemuda, wanita, putra dan putri atau kerana undi rakit atau lain-lain yang pernah diperkatakan. masalah politik wang - umno adalah kerana ketidakmampuan sebahagian besar ahli umno yang seadanya melawan hasutan syaitan dan godaan nafsu jahat atau amarah yang dibantu,dimudah dan dipercepatkan dengan faktor tidak beriman kepada Allah, tidak yakin pada Hari Akhirat dan akhir sekali terlalu cinta pada diri sendiri, keluarga sendiri dan kumpulan mereka sendiri.