Translate

Followers

EZ Q

Rabu, 28 Januari 2009

Dr Juanda bakal kekal reputasi Dr Asri Zainal Abidin -Malaysiakini

Dua bulan Perlis tidak mempunyai mufti untuk mengendalikan hal-hal berkaitan keagamaan dan kekosongan tersebut akhirnya diisi oleh bekas Timbalan Mufti Sarawak, Dr Juanda Jaya. Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu menyatakan tugas mufti akan dikendalikan sepenuhnya oleh Dr Juanda selewat-lewatnya Februari ini. Percaturan siapakah bakal untuk mengendalikan hal ehwal agama ini berakhir setelah pemilihan berasaskan kelayakan berkaliber dalam bidang akademiknya dan beliau juga mempunyai kefahaman dalam mazhab Sunnah Wal-Jamaah dan bertepatan dengan pegangan perlembagaan kerajaan negeri Perlis.

Menurutnya, beliau amat berterima kasih kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud kerana sudi meminjamkan pegawainya untuk berkhidmat dengan Kerajaan Perlis. “Malah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail turut memperkenankan pemilihan tersebut dan ketika ini proses pemindahan Dr Juanda dari kerajaan negeri Sarawak sedang berjalan,” katanya.

Sebelum ini, seramai enam calon termasuk Dr Juanda disenaraikan untuk menunjangi jawatan mufti di negeri ini dan akhirnya beliau dipilih untuk berkhidmat di sini bagi menggantikan Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang meletakkan jawatan bagi meneruskan pengajiannya di luar negara. Md Isa berkata, kontrak Dr Juanda akan berakhir pada 2011 dan sepanjang tempoh dua tahun, Dr Juanda akan berkhidmat sepenuhnya di sini. Dr Mohd Asri, pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), menamatkan kontraknya setelah berkhidmat selama dua tahun di Perlis, lebih awal dari tempoh yang dipinjamkan oleh USM iaitu sehingga pertengahan tahun ini.


Beliau kini berada di United Kingdom melakukan kajian selama enam bulan mengenai Islam dan hadis sebelum kembali berkhidmat dengan USM sebagai pensyarah pengajian Islam. Sementara itu, Dr Juanda yang dihubungi Bernama semalam mengesahkan telah menerima tawaran Kerajaan Perlis sejak akhir Disember lalu. “Insya-Allah saya akan mula bertugas pada Februari ini,” kata bekas Timbalan Mufti Sarawak berusia 38 tahun itu.

Tiada ulasan: