Translate

Followers

EZ Q

Rabu, 28 Januari 2009

Bubarkan Puteri dan Putera dan Kelab UMNO sekali -Malaysiakini

Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail, mencadangkan sayap parti, Puteri dan biro Putera dibubarkan bagi mengelak gejala politik wang. Sambil menyifatkan Umno perlu distrukturkan semula, beliau berkata, kewujudan Putera dan Puteri melemahkan Umno kerana lebih banyak pemilihan, lebih banyak gejala terutama politik wang melanda parti. Dalam sidang akhbarnya di sini, pagi ini, beliau berkata ahli kedua-dua pergerakan itu seharusnya memberi tumpuan kepada pelajaran berbanding politik kerana masih muda dan belum sesuai untuk berpolitik.
ulasan assirkami :
apa yang dicadangkan oleh Tan Sri ada kebenarannya. Bayangkan pelajar sekolah yang tidak ada asas dalam berpolitik disogokkan dengan pelbagai perkara yang bersangkut paut dengan politik. Apa komen menteri pelajaran ?? Kalau pelajar tidak boleh terlibat dengan politik pembangkang maknanya pelajar juga tidak boleh terlibat atau pun melibatkan diri dengan politik kerajaan. Kalau dicadangkan pelajar tidak boleh terlibat dengan politik dan harus menumpukan perhatian kepada pelajaran, saya mencadangkan supaya Puteri UMNO,Putera UMNO,Kelab UMNO Luar Negara serta sebarang Agen atau Proksi UMNO atau Parti Politik lain turut dibubarkan dan dimansuhkan buat selama-lamanya begitu juga dengan keahlian UMNO bawah umur.

Tiada ulasan: