Translate

Followers

EZ Q

Ahad, 4 Januari 2009

Amanah Makin berat

esok 5 Januari 2009, langkah pertama untuk menggalas cabaran dalam menimba ilmu pengetahuan dalam bidang perguruan bakal kumulakan.alhamdulillah syukur ke hadrat Allah kerana menjadi salah saorang daripada mujahid yang dipilih oleh Allah untuk menggalas tanggungjawab dan amanah untuk menjadi pendidik,pemegang amanah ummah,murabbi dan yang paling penting sebagai pemegang rayah islam.

terkenang daku suatu masa dahulu ketika daku mula-mula menjejakkan kaki ke bumi Anbia, kurasakan diri ini cukup kerdil bila berdepan dengan para ilmuan islam yang ramai disana. Rasanya pada waktu itu tubuh badanku tidaklah sebesar dan sesihat sekarang tapi disebabkan keazaman untuk menuntut ilmu di bandar seribu menara, kuturutkan juga kata hatiku.

kini kenangan tersebut berulang kembali apabila aku menjejakkan kaki ke IPTA dalam negara pula untuk mengikuti program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah di salah satu IPTA di Kuala Lumpur. Ramai dikalangan rakan-rakan ku turut serta dalam program ini. sekali lagi keazaman dan hatiku berombak membuakkan semangat untuk terus berjuang dalam mendalami ilmu pendidikan. Kurasakan amanah yang pikul sebelum ini mulai berat dek pengalaman yang kulalui selama sepuluh bulan di sekolah menengah kebangsaan tun tijah durian daun yang kurasakan cukup mengajar daku mengenai peranan guru agama dalam mendidik anak bangsaku.

rupanya apa yang aku lihat selama ini , inilah realiti kehidupan apabila kita kurang menitik beratkan persoalan agama yang sebenarnya merupakan teras dalam pembentukan sahsiah diri.

Tiada ulasan: