Translate

Followers

EZ Q

Rabu, 24 Disember 2008

Tak sudah-sudah dengan babi- Malaysiakini

Isu babi di Masjid Tanah yang pernah mengemparkan negara sebelum ini cuba ditimbulkan semula oleh pihak yang hanya mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan kesan buruk kepada sensiviti kaum di negara ini adalah merupakan satu sandiwara sahaja.

"Isu ini dimainkan bagi menonjolkan diri seseorang pemimpin atau parti, sepatutnya ianya sudah berjaya diselesaikan sejak dahulu lagi sekiranya pihak terbabit bersungguh untuk menyelesaikannya."Bagi membendung masalah ini daripada berleluasa, pihak polis dan kerajaan negeri mesti memainkan peranan yang berkesan dalam menangani permasalahan ini," kata beliau.

Beliau turut mengingatkan kerajaan negeri supaya mengambil langkah proaktif bagi menanganinya agar ianya tidak menjadi lebih buruk seterusnya membangkitkan isu perkauman di negeri ini. Sebelum ini tindakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab mengantung kepala babi di pagar rumah seorang Ahli Jawatankuasa Pemantau Babi dan di kain rentang Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) di Masjid Tanah, baru-baru ini, mengemparkan pelbagai pihak.

Berikutan itu, kira-kira 600 orang yang terdiri daripada beberapa NGO diketuai Timbalan Pewaris Pusat, Rahimuddin Md Harun mengadakan demonstrasi bantahan dan menghantar memorandum kepada Pengerusi Jawatankuasa Pemantauan Pengeluaran Babi, Dato' Wira Abu Seman Yusop serta turut membakar replika lima ekor babi sebagai simbolik agar ladang ternakan babi di Melaka ditutup.
ulasan :
ini lah masalah yang timbul bila dah terlalu banyak memberi muka pada pihak-pihak yang berkenaan. sepatutnya perkara ini diselesaikan dengan sebaiknya. Dek kerana suka sangat menyebut perkataan 'babi' babi di melaka makin hari makin banyak dan menimbulkan masalah. Bila dah terkena baru tau.

2 ulasan:

kekwa66 berkata...

Polis tak buat kerja ke..cari dulu siapa dalangnya!

Ibnu Mohyeddin berkata...

hmm .. polis rasuah kot .. atau tengah tido. tapi biasa siapa yang selalu main isu nie untuk dapatkan sokongan orang ramai ??