assalamualaikum
minggu lepas dan baru-baru ini heboh diperkatakan mengenai saranan untuk mewajibkan setiap bakal pengantin untuk menjalani ujian HIV bagi memastikan tahap kesihatan bakal pengantin dalam keadaan yang terbaik.
bagi saya sebagai salah seorang daripada anak muda yang juga belum berkahwin serta bakal mendirikan rumahtangga tidak berapa lama lagi merasakan ujian ini perlu dan amat perlu dilaksanakan. ini kerana pada pandangan saya ianya bukan untuk menganiaya pasangan masing -masing yang telah sama-sama berjanji untuk sehidup semati tetapi pada saya ianya dapat memberikan kepada kita persediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan pasangan kita menghidap HIV positif.
bukan kita hendak cari penyakit tapi sekurang-kurangnya kita mempunyai persediaan untuk menghadapinya dan selain dari itu jika kita rujuk dalam Al-Quran sendiri, Allah SWT memperingatkan hamba-hambanya supaya tidak mencampakkan diri mereka ke lembah kebinasaan sepertimana yang dinyatakan dalam firmanNya : "Jangan Kamu campakkan diri kamu ke lembah kebinasaan,berbuat baiklah sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berbuat kebaikan".
sehubungan dengan itu, wajarlah tindakan kerajaan untuk mewajibkan setiap pasangan yang ingin berkahwin supaya menjalani ujian pemeriksaan HIV dan juga pemeriksaan perubatan yang lain bagi memastikan keluarga yang dibina akan bahagia serta terhindar dari sebarang penyakit dan bahaya yang berleluasa.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan