Translate

Followers

EZ Q

Rabu, 24 Disember 2008

Era baru dalam hidupku - Malaysiakini

alhamdulillah segala puji bagi Allah Rabb yang telah menciptakan sekalian alam dan segala yang ada disekeliling diriku, selawat dan salam buat rasul junjungan tak kulupakan juga buat para sahabat baginda serta para pendokong kebenaran tidak kira dimana jua berada. kudoakan moga antum sehat walafiat serta mendapat perlindungan dan rahmat dari Allah.

hari ini bakal bermula era baru dalam diriku kerana aku bakal bergelar mahasiswa kembali tapi jika dulu aku merantau ke bumi anbia yang penuh dengan pelbagai kenangan indah serta cabaran yang kulalui semasa berada di gerbang alazhar tapi kali ini aku bakal bergelar mahasiswa ipta.

buat sahabat-sahabat yang selalu mengunjungi laman assirkami ini, pesanku tak perlu lah antum risau mengenai diriku assirkami tetap akan beroperasi seperti biasa berkarya mengupas isu-isu semasa yang berlaku disekeliling kita sepertimana sebelum-sebelum ini. terima kasih atas sokongan dan dokongan sahabat-sahabat sebelum ini.
Salam Perjuangan dariku ....
assirkami

Tiada ulasan: