“... iaitulah orang yang meletakkan harapnya kepada Allah” [surah al-Ahzab ayat 21]Inilah ciri pertama seorang manusia yang boleh menghargai Rasulullah SAW. Meletakkan harap kepada Allah, adalah ciri seorang hamba. Seorang insan perlu merasakan bahawa dirinya hamba andai mahu menghargai Rasulullah SAW.
Ini adalah kerana Rasulullah SAW itu adalah juga hamba dan pesuruh bagi Allah. Peribadi, keluarga, kepimpinan, kenegaraan dan ketenteraan yang ada pada Baginda, adalah manifestasi dirinya dan pengikutnya sebagai hamba Allah. Untuk menjunjung Rasulullah SAW sebagai qudwah seseorang perlu mencintai dan memberi harap kepada Allah terlebih dahulu. Ini adalah kerana, mematuhi ajaran Rasulullah SAW itu adalah tanda cinta seseorang kepada Allah (Ali Imran: 31).
Kehidupan Baginda SAW adalah kehidupan hamba. Mana mungkin seorang itu dapat menghargai suri teladan dari seorang Nabi yang hamba andai dirinya terasa seperti tuan di dunia ini, hatinya penuh rasa memiliki, dan jiwanya dikongkong oleh sifat berdikari yang tiada hajat kepada Tuhan.Lahirnya rasa harap kepada Tuhan, apabila seseorang sedar yang dirinya hamba. Dirinya lemah, tiada upaya, tiada milik dan tiada makna, melainkan semuanya bergantung kepada Tuannya yang juga Tuhannya, iaitu Allah.
Manakala, untuk seseorang itu melihat kebesaran Allah tempat dia meletakkan harap, kuncinya adalah pada mengetahui kelemahan diri. Selagi seorang manusia merasakan dirinya amat gagah, bijak, tahu semua dan boleh self-sufficient di bumi Tuhan ni, selagi itulah dia terhijab daripada melihat Allah dengan mata hati.Mencintai Allah dan RasulNya adalah berkadar terus. Kurangnya ikutan masyarakat terhadap Rasulullah SAW adalah tanda besar manusia semakin kurang cintanya kepada Allah.
Manusia yang gagal mencintai Allah adalah manusia yang terlupa dirinya adalah hamba. Dan manusia yang lupa dirinya hamba, adalah manusia yang berlagak tuan di dalam kehidupannya, tidak nampak kelemahan diri dan seterusnya menaja kerosakan di muka bumi. Berhadapan dengan golongan yang terlupa dirinya hamba, tidak memungkinkan kita untuk banyak berhujah dengan Quran dan Sunnah.
Mereka tidak dapat melihat nilainya kerana mereka berhadapan dengan masalah “who you are”. Gagal menganalisa identiti diri, menjadikan mereka bermasalah di dalam “how you see”. Kerana itulah mereka banyak menuntut hak, sedangkan hamba itu lebih ‘memainkan peranan’ berbanding ‘menuntut hak”. Kerana itu jugalah, walaupun Rasulullah SAW itu adalah uswah hasanah, hebat dan mulia, golongan tersebut terhijab dari mengetahuinya, kerana mereka tiada harap kepada Allah, mereka tiada kehambaan kepadaNya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan