Peranan Sirah Nabawiyah adalah sebagai penterjemah praktikal kepada ajaran Islam, juga secara langsung menyerlahkan ketinggian peribadi dan ketokohan Muhammad bin Abdullah SAW sebagai utusan penutup misi Samawi dari Allah.
Ia bukan sahaja diterima oleh umat Islam sebagai tuntutan aqidah kepercayaan mereka, malah golongan non-Muslim yang mengkajinya juga akur pada kualiti peribadi dan kepimpinan baginda. Michael H. Hart yang menulis buku The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History telah meletakkan Rasulullah SAW sebagai orang yang paling berpengaruh di dalam tamadun manusia (Umar al-Khattab di tangga ke-51).
Seandainya begitu sekali kehebatan Muhammad SAW, suatu persoalan besar timbul. Mengapakah seorang insan yang begitu agung biografinya, tidak dapat dihargai sebagai contoh terbaik oleh manusia hari ini? Mengapakah semakin banyak kajian tentang baginda dihasilkan, semakin jauh pula realiti masyarakat daripada meneladaninya? Inilah persoalan yang cuba dijawab melalui artikel penulis kali ini.Allah SWT menyebut perihal ini di dalam firmanNya melalui surah al-Ahzab ayat 21:
"Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah (SAW) contoh teladan (uswah) yang baik bagi kamu. Iaitu bagi mereka yang meletakkan harapnya kepada Allah dan Hari Akhirat, serta berkeadaan sentiasa mengingatiNya.”
Di dalam ayat ini, Allah SWT telah menggariskan tiga ciri utama mereka yang boleh melihat dan menghargai teladan daripada Rasulullah SAW. Tiga ciri ini amat penting untuk dihalusi kerana ia menentukan bentuk pandangan seseorang itu terhadap Rasulullah SAW. Kaedah menyebut ‘what you see is what you get’ dan ‘who you are determines what you see’. Tidak semua orang yang mendekati Rasulullah SAW dapat melihat apa yang sepatutnya dilihat. Semuanya bergantung kepada kaedah tadi. Seorang pekerja swasta yang penat, apabila turun ke laut, dia melihat laut sebagai tempat santai.
Seorang nelayan yang turun ke laut yang sama, melihat ia sebagai pejabatnya mencari rezeki berupa ikan, sotong dan udang. Manakala seorang jurutera carigali minyak yang pergi ke laut yang sama, tetapi mendapat hasil yang berbeza berupa emas hitam. Mereka bertiga pergi ke tempat yang sama, tetapi berbeza hasilnya, kerana mereka berbeza penglihatan. Tegasnya, ‘what you see is what you get’. Maka amat penting cara memandang itu
diperbetulkan. Kerana itu jugalah Allah SWT menerangkan melalui ayat ini apakah kriteria seseorang yang boleh melihat Rasulullah SAW dengan betul.Sebelum kita terangkan tentang tiga ciri tersebut, mari kita bersama merenung kepada pengertian ‘uswah hasanah’. Di dalam usaha memajukan cara penyampaian Islam hari ini, ramai yang cenderung kepada menterjemahkan ia sebagai ‘idola’. Rasulullah SAW itu adalah idola terbaik kita kerana baginda adalah ‘uswah hasanah’. Akan tetapi mampukan idola memberikan makna yang sama dengan uswah?
Sesungguhnya idola ini adalah perkataan Inggeris yang memberikan makna ‘mengagumi seseorang secara membuta tuli dan berlebih-lebihan’ [definisi oleh Princeton University]. Andaikata seseorang itu mengambil Rasulullah SAW sebagai idola, bermakna dia cuba memberikan kefahaman bahawa beliau mengagumi Rasulullah SAW secara membuta tuli dan berlebih-lebihan! Apakah benar begitu?Sesungguhnya ayat 21 surah al-Ahzab ini diturunkan semasa umat Islam menanggung penderitaan peperangan al-Ahzab (Khandaq). Tekanan yang amat berat itu telah melemahkan fizikal kebanyakan umat Islam.
Namun Rasulullah SAW telah memberikan teladan kepimpinan yang terbaik di kalangan pengikutnya. Di dalam keadaan lapar dan mengikat perut dengan batu, Baginda masih komited dan setia mempertahankan agama Allah SWT. Kerana itulah, Allah SWT memerintahkan umat Islam mencontohi Baginda. Baginda adalah uswah dan perkataan uswah itu berasal dari kalimah Arab “at-Ta-assi” yang bermaksud “sesuatu yang memberikan kekuatan”.
Oleh yang demikian, kalimah uswah hasanah itu bermaksud, andai kamu mengambil Rasulullah SAW sebagai contoh, maka kamu akan beroleh kekuatan daripadanya. Dengan itu, amat tidak tepat seandainya kita mengistilahkan Nabi SAW itu sebagai idola.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan