“... dan orang yang meletakkan harap kepada Hari Akhirat” [surah al-Ahzab ayat 21]Sudah menjadi tabiat manusia, apabila dirinya memberi, dia ingin untuk menerima. Allah SWT dengan namaNya yang mulia iaitu ar-Rahman dan ar-Rahim, pasti membalas segala usaha yang dilakukan oleh hambaNya.
Namun, keimanan kita kepada Allah menyedarkan diri bahawa kita datang daripadaNya dan kita pasti akan kembali kepadaNya. Kita adalah warga Akhirat yang singgah ke dunia mencari bekal. Kita telah melalui perjalanan di dua alam, dan kita sedang berada di tengah-tengah perjalanan yang panjang dan jauh.
Untuk seseorang itu mampu melihat nilai yang ada pada sebuah perjalanan hidup seperti yang dilakarkan oleh Rasulullah SAW melalui sirahnya, seseorang itu perlu mampu merasa nilai Akhirat. Baginya, ganjaran-ganjaran duniawi adalah hanya bekalan kecil berbentuk keperluan hidup yang sementara.
Namun, apa yang lebih penting adalah soal apa yang menguntungkannya di alam Akhirat. Rasulullah SAW amat bersederhana di dalam mengutip keperluan kehidupannya di dunia kerana hidup baginda adalah berasaskan kepada tujuan hidup. Keperluan ditunaikan sebaiknya, namun yang utama adalah tujuan. Kehidupan peribadi baginda, keluarganya dan masyarakat serta Tamadun Islam yang dibina adalah berkonsepkan letak harap pada alam yang kekal abadi. Andai seorang insan itu mencari nilai-nilai kehidupan dunia, mahu membebankan bahunya memikul keperluan dunia semata, tidak mungkin baginya untuk menghargai kehidupan Akhirat.
Cukup malang bagi manusia yang terhijab dari melihat Akhirat. Jiwanya resah, nafsunya serakah, fikirannya tidak terarah dan hidupnya penuh musibah. Dunia ini tiada keadilan, seorang yang membunuh 100 manusia, akan hanya dihukum bunuh dengan satu kematian. Kita berbuat kebaikan, manusia membalas dengan kejahatan. Kita hidup di dalam suasana yang penuh penindasan, suara kita tidak kedengaran. Mungkin kita lebih dukacita daripada semut yang sekurang-kurangnya keluhan mereka didengari oleh Nabi Sulayman alayhi as-salaam.
Namun bagi yang menilai Akhirat, jiwanya besar, hatinya lapang dan hidupnya terarah. Mereka ini menjadikan dunia sebagai ladang, harapnya adalah pada tuaian di Akhirat. Mereka inilah yang mendapat kekuatan apabila mengambil uswah dari Rasulullah SAW, kerana sistem nilai mereka sejajar dengan baginda.Alangkan Firaun membuat piramid yang cantik-cantik untuk menyiapkan ‘home’ beliau di alam Akhirat, rugi benar manusia yang berbelanja besar hanya untuk rumahnya di dunia yang bakal ditinggalkan

Tiada ulasan:
Catat Ulasan