Translate

Followers

EZ Q

Khamis, 4 Disember 2008

SELEPAS YOGA,ROKOK MANGSA TERBARU-Malaysiakini

Sesudah Yoga difatwakan haram oleh majlis fatwa kebangsaan khususnya kepada orang islam, kini rokok pula bakal menjadi mangsa untuk diharamkan disebabkan membawa kepada kerosakan diri.Sebenarnya Rokok sudah lama difatwakan haram oleh beberapa buah negeri di Malaysia.

apa yang ingin saya persoalkan disini bukanlah mengenai fatwa yang telah digezetkan akan tetapi perlaksanaan fatwa tersebut yang tidak dilaksanakan. banyak rasanya fatwa yang telah dikeluarkan oleh majlis fatwa kebangsaan tapi bagaimana dengan perlaksanaan. Nak keluar fatwa memang payah sebab berkait dengan sumber rujukan tapi dari segi perlaksanaannya tiada. kemana hilangnya pegawai-pegawai penguatkuasa yang telah dilantik dan ditugaskan?? rasanya kalau nak kata tak cukup pegawai, ramai yang telah buat permohonan untuk jadi pegawai penguatkuasa tapi kat mana yang masih dikatakan tidak mencukupi.

pada pandangan saya, saya cadangkan supaya pihak kerajaan meneliti dengan sebaiknya perkara ini. jangan sampai kita dikatakan "cakap tak serupa bikin"seolah-olah menampakkan pihak berkuasa yang menguatkuasakan undang-undang di malaysia ini lembab dan lambat dalam menguruskan sesuatu hal dan leka dengan politik yang tak menentu.

4 ulasan:

King Castle berkata...

Salam,

Saya kurang faham kenapa penulis menggunakan perkataan 'mangsa' bagi rokok dan yoga.

'Mangsa' ditakrifkan kepada sesuatu yang tidak bersalah atau yang tidak kena mengena dgn sesuatu subjek atau perkara.

Seolah-olah penulis berada di pihak yoga dan rokok. Harap maaf sekiranya pendapat saya salah.

kekwa66 berkata...

haha..kan aku dah tegur dulu, kenapa merokok tak haram??!! Saudara penulis merokok tak?? habislah......

Ibnu Mohyeddin berkata...

assalamualaikum .. terima kasih kerana memberikan respon .. untuk pengetahuan sahabat sekalian saya bukanlah seorang perokok .. saya menakrifkan rokok dan yoga sebagai mangsa hanyalah istilah dalam penulisan saya sahaja. terpulanglah kepada masing-masing untuk menyatakan pandangan serta pendapat. anda perokok ke amkkotaraja ?? Merokok membahayakan kesihatan.

ezamramlan berkata...

betul tu saya sangat bersetuju dengan penulis. ia hanyalah istilah semata-mata dan terpulang pada terjemahan masing-masing... tetapi jika dibaca dengan teliti seharusnya kita faham apa yang dimaksudkan penulis...