Translate

Followers

EZ Q

Khamis, 4 Disember 2008

Firasat Tok Guru : Abang Mat MP Kuala Terengganu-Malaysiakini

Seolah-olah Tok Guru kita sudah nampakkan natijah kemenangan yang bakal diraih oleh abang Mat dengan secara peribadinya mencadangkan abang Mat dikekalkan sebagai calon untuk Parlimen Kuala Terengganu.

Ini kerana kepakaran dan kepetahan yang dimiliki oleh Abang Mat serta Keupayaan yang ada pada abang mat bakal menggegarkan kembali dewan rakyat untuk sekian kalinya disamping che mahfuz dan rakan-rakan MP yang telah sedia sana.

Ramai yang meramalkan akan kemenangan yang bakal diraih selain berjaya menafikan 2/3 yang dimiliki oleh kerajaan yang ada pada masa sekarang. Bukan ingin mengagung-agungkan tetapi sebagai sokongan kearah kemenangan yang hak.
Al maklum sudah tentu BN tidak akan melepaskan kerusi ini dengan mudah tapi yang pasti gerak kerja yang mantap dan tersusun serta doa dan tawakkal pasti akan menggegarkan yang batil.
Andaikata abang mat kembali ke parlimen,saya rasa lepas nie mungkin MP BN tak berani nak angkat muka dengan fakta-fakta yang dikemukakan oleh beliau.Buat rakyat kuala terengganu, demo pilihlah yang mana patut dan acu ubah skali.Moga-moga segala gerak kerja dan sokongan padu dari semua .

Tiada ulasan: