Translate

Followers

EZ Q

Khamis, 4 Disember 2008

Jangan Cepat Marah .. - Malaysiakini

Dari hari kehari makin jelas kecelaruan yang berlaku dalam dunia politik masakini khususnya yang menjadi tumpuan kini ialah percaturan dalam arena politik UMNO terutama sekali bakal ketua pemuda UMNO yang dalam seminggu ini heboh dikritik mengenai cadangan yang dilontarkan supaya diwujudkan satu sistem pendidikan yang dapat menyatupadukan kaum.

malahan cadangan beliau menimbulkan kemarahan daripada NGO NGO yang bukan melayu kerana pada pandangan mereka ianya berbaur perkauman.sepatutnya perkara yang sebegini sepatutnya diperbincangkan dan diteliti dengan sebaiknya. bukankah elok sekiranya dirujuk pada ahli-ahli akademik serta dapatkan pandangan ahli bijak pandai mengenai cadangan tersebut.

Yang bukan melayu, saya sarankan jangan terlalu emosional kerana baru cadangan sahaja. lihat dan teliti serta bincangkan dengan sebaiknya. Atau kemungkinan anda ada agenda yang tersembunyi yang tidak diketahui oleh umum. apapun bawalah berbincang dengan baik.

1 ulasan:

kekwa66 berkata...

Semua rakyat mesti berfikir secara rasional setiap kali ahli politik melontarkan sesuatu isu tu..jangan cepat melenting..mereka yg menang sorak!Berbaloi tak..??!!