Translate

Followers

EZ Q

Jumaat, 19 Disember 2008

Lembaga Disiplin lembab ke Mubarak dah makan duit ??-Malaysiakini

Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) menyifatkan Lembaga Disiplin UMNO sebagai badan yang paling lambat bertindak menangani masalah dalaman parti itu. Timbalan Presidennya, Datuk Seri Abdul Aziz Rahman berkata, kelewatan Lembaga Disiplin mengambil tindakan terhadap beratus-ratus aduan mengenai amalan politik wang dan rasuah dalam pemilihan UMNO yang lalu seakan-akan mahu perkara itu dilupakan secara perlahan-lahan.

"Sehubungan itu, kita mendesak Lembaga Disiplin melaksanakan tanggungjawab mereka tanpa gentar atau pilih kasih bagi membanteras rasuah politik dalam UMNO yang telah menjadi kanser," katanya dalam kenyataan akhbar di sini semalam. Abdul Aziz berkata, pihaknya mencadangkan supaya Lembaga Disiplin mengambil beberapa langkah segera bagi memastikan perkara itu dapat ditangani. Beliau meminta Lembaga Disiplin menambah anggota siasatan supaya beratusratus kes terbabit dapat diselesaikan sebelum pemilihan UMNO pada Mac 2009.

"Lembaga Disiplin tidak boleh tunduk kepada mana-mana pihak yang mahu kes- kes tertentu sahaja dijalankan berikutan ia telah diberi kuasa untuk mengambil tindakan. "Malah, Lembaga Disiplin adalah instrumen bagi UMNO untuk memelihara agama, bangsa dan tanah air, maka tindakan perlu diambil walaupun ia ditafsirkan adil atau tidak adil oleh pihak-pihak tertentu," katanya. Tambah beliau, Lembaga Disiplin sepatutnya mengelak daripada dijadikan penyebab apabila UMNO tidak berjaya menangani rasuah politik.

ulasan :

kesian kat pengerusi lembaga disiplin UMNO, dah tak larat disuruh pulah buat kerja cepat. K O pakcik tu karang. korang jugak yang susah

Tiada ulasan: