Inilah istilah yang terpacul dari salah seorang dari ahli kariah disalah sebuah taman perumahan yang terletak berdekatan dengan tempat saya tinggal. kata-kata ini terkeluar dek perasaan tidak puas hatinya terhadap golongan yang mendakwa diri mereka ustaz atau golongan agamawan. saya bukan lah bertujuan untuk menjatuhkan maruah para ustaz yang sedia ada disebabkan saya juga bertitle ustaz.
Tapi itulah yang dinyatakan oleh seorang sahabatnya.ini kerana setiap kali waktu solat ustaz ustaz ditempat beliau akan memerhatikan melalui tingkap rumah masing-masing siapa yang bakal menjadi imam disurau atau masjid tersebut.Sekiranya dah ada imam yag mengangkat takbiratul ihram barulah mereka ke surau atau masjid tersebut untuk solat berjamaah. jika tidak mereka lebih rela untuk solat dirumah sahaja.
Sahabat ini juga ada menyatakan bahawa dalam taman tempat beliau tinggal terdapat ramai dikalangan alim ulama yang muda belia tetapi yang menjadi masalahnya apabila diperlukan mereka seolah-olah memandang sebelah mata sahaja dengan tidak mengambil kisah permintaan daripada masyarakat sekeliling. boleh dikatakan setiap taman yang berada dalam kawasan DUN Serkam mempunyai komposisi ustaz dan ustazah yang ramai serta mengajar disekolah-sekolah yang berdekatan tetapi apa yang berlaku, mereka lebih banyak terikat dengan jemputan yang menawarkan habuan serta upahan yang lumayan contohnya setiap kali ceramah mahukan bayaran yang setimpal.
Bahkan dijadikan seolah-olah ilmu yang ada diperdagangkan dengan wang ringgit sedangkan untuk menuntut ilmu memerlukan usaha bukan wang ringgit yang berlipat ganda untuk membesarkan perut masing-masing. malahan ada juga antara mereka yang selalu ke masjid atau surau menjadi muak dan bosan dengan karenah golongan agamawan yang sedemikian. Ini menunjukkan bahawa ilmu yang diperolehi melalui niat yang salah.
cuba kita singkap bagaimana dakwah yang dilaksanakan oleh rasulullah SAW dan para sahabat baginda, dakwah dilaksanakan bukan kerana mahukan dunia tapi inginkan keredhaan serta rahmat dan keberkatan dari Allah. Jelaslah pada kita, sebagai seorang daie(pendakwah) yang berjuang dijalan Allah perlu sama-sama turun padang untuk mendengar masalah daripada masyarakat.

Kita perlu bersaing dan bersemangat dalam berdakwah kerana musuh islam kini sedang berusaha dengan gigih untuk mengalahkan islam dan meracuni generasi muda islam terutamanya dan kita perlu bangkit bersama dudalam satu saff gerakan islam yang sebenar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan