Larangan yang dikenakan oleh Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam, kepada kakitangannya daripada melawat Kelantan selepas kegagalan BN dalam Pilihan Raya Umum 1999 adalah satu tindakan yang tidak matang. Menurut Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman, ini menunjukkan Ali Rustam tidak matang dan mengambarkan sikap sebenar pemimpin Umno yang membuat keputusan berdasarkan dendam politik semata-mata.
"Kalau tak boleh kenapa tak dibuat secara menyeluruh dan diisytiharkan oleh Perdana Menteri agar semua tak boleh lawat Kelantan, adakah Ali Rustam lebih bijak daripada Perdana Menteri dan Menteri Besar lain.
"Hukum adalah sifat menyeluruh dan diputuskan oleh Majlis Fatwa adakah dia lebih mendahului Majlis Fatwa," kata Ustaz Ghani. Beliau turut menjelaskan bahawa Ketua Menteri Melaka itu sebagai seorang pemimpin yang tidak ada kredibiliti, tidak matang, tidak bersopan dan tidak layak menjadi pemimpin negara.
"Ini adalah hujah kepimpinan Ali selama 8 tahun yang tidak profesional sedangkan pegawai kerajaan negeri ada kebolehan untuk menilai dan matang dalam membuat keputusan.
"Kalau seorang Ketua Menteri boleh mendera pegawai maka tak pelik apabila pemimpin Umno kampung turut mengikut mendera orang kampung," katanya. Beliau menambah, "Kalau orang bukan Islam tiada masalah boleh melawat Kelantan, ini bermakna Ali Rustam tak matang dan sebagai Pesuruhjaya PAS Melaka saya mengajak rakyat menilai semula kepimpinan Ali Rustam selama ini
ulasan : berdasarkan dari apa yang dinyatakan oleh PJ Melaka, Ust Ghani, arahan yang dikeluarkan sebelum ini dan penarikan seumpama ludah kelangit akhirnya jatuh ke muka sendiri.Hayat Pak Ali dah tak panjang so banyak2lah bertaubat

1 ulasan:
Saya berasa begitu marah setelah membaca blog Dr. Punithan Shan yang mencemar kesucian agama Islam dan Rasulallah s.a.w.. Saya berharap tindakan undang-undang diambil terhadap penulis blog MIC yang biadap ini. Sila baca lebih lanjut mengenai perkara ini di http://salimrawahy.blogspot.com
Catat Ulasan