Translate

Followers

EZ Q

Sabtu, 13 Disember 2008

Pendakwah Muda Lembik ?? - Malaysiakini

Assalamualaikum

segala puji bagi Allah Rabb sekalian alam, selawat dan salam buat rasul junjungan seterusnya buat para pejuang kebenaran serta para pendokong gerakan islam yang dirahmati serta dihormati sekalian. marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah Rabbul jalil kerana masih lagi diberikan kesempatan pada kita untuk menikmati nikmat iman dan islam yang mana nikmat ini tidak akan dinikmati atau dirasai jika kita tidak berpegang kepada aqidah kebenaran serta tulus ikhlas dalam beribadah kepada Allah SWT.

Nampak panas juga cuaca pada hari ini, dan untuk memanaskan lagi keadaan yang telah sedia ada panas dan bertepatan juga pada kali ini banyak isu berkenaan aqidah yang dibentangkan kepada kita dan masyarakat umum.Tapi kali ini saya ingin melontarkan satu isu yang boleh tahan tahap kepanasannya yang boleh memanaskan pendengaran serta pandangan umum mengenai peranan pejuang muda atau kita katakan ulamak muda yang kian lesu dan tak bermaya khususnya dalam negara kita amnya.

kita tahu, yang mana negara kita banyak dan ramai menghantar mahasiswa serta golongan yang kita katakan sebagai mahasiswa islam untuk melanjutkan pengajian ditimur tengah dalam apa jua bidang tak kira bidang agama mahupun bidang akademik.Malahan ada yang bersemangat tinggi semasa berada diluar negara ,berkobar-kobar untuk berdepan dengan pelbagai cabaran dan dugaan di malaysia. Tapi apa yang berlaku setelah pulang ke tanahair, golongan yang dulunya umpama singa dirimba yang suka menyimpan kuku serta taring kini sudah kehilangan semangat serta bahkan boleh saya katakan sudah seperti tikus mondok yang takut untuk berdepan dengan kucing yang lebih besar daripada dirinya.

Ramai juga dikalangan penduduk-penduduk kampung yang bertemu dengan saya dan meyatakan pandangan serta kritikan malahan ada juga yang menyesal dan terkilan dengan prilaku serta contoh yang ditunjukkan oleh golongan yang mendakwa diri mereka ini golongan agamawan.Bukan kata nak minta bagi kuliah pun tak mahu, nak suruh jadi imam pun lari. Ramai juga yang menyatakan "menyesal aku sumbangan bagi ustaz sekian sekian,ingatkan balik boleh mengajar dan didik aku serta keluarga pada islam rupanya lain pulak kerjanya. aku pulak yang kena dakwah pada dia balik"

kata-kata sedemikian saya dengar sendiri bahkan terkesan dalam diri ini.Macammana islam nak menang kalau ada golongan yang macam ini yang tak mahu untuk berjuang untuk menegakkan islam. Ini adalah satu fitnah pada golongan agamawan.bab sumbangan tadi saya tak boleh nak komen tu kita serahkan kembali pada Allah.bak kata salah seorang dari panglima islam yang terkenal yang dinaqalkan kepada salah seorang abid serta ulama tersohor, imam abdullah ibnu mubarak yang menyindir ulama ini kerana banyak mengasingkan diri untuk beribadah daripada berjuang.

nak dikatakan tak berilmu, ramai yang berilmu tapi apa punca yang sebenarnya yang menghalang dari terlibat dalam masyarakat untuk menyebarkan dakwah. adakah puncanya dari pada keseronokan mengejar kebendaan,pangkat dan kedudukan ?? pada pandangan saya, bukan kita ingin menafikan kehebatan ilmu tapi, ilmu yang tak diamalkan umpama pokok yang tidak berbuah.

Tiada ulasan: