PENGKALAN CHEPA, 18 Dis (Hrkh) - Menteri Besar Kelantan mengingatkan wakil rakyat dan penghulu di negeri ini supaya menghentikan tabiat merokok kerana mereka merupakan pemimpin yang seharusnya menjadi contoh. Biar pun sudah berulang kali mengingatkan perkara itu, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini meluahkan rasa kecewa kerana masih ada pemimpin PAS yang tidak meninggalkan amalan buruk itu.
Menurutnya, sebagai pemimpin yang paling hampir dengan rakyat, mereka tidak seharusnya meneruskan amalan yang boleh merosakkan diri sendiri.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Bengkel Pengurusan Penghulu negeri Kelantan bagi peringkat Parlimen Kota Bharu dan Pengkalan Chepa di Perdana Resort, hari ini.

Seramai 70 penghulu menghadiri program sehari tersebut yang dianjurkan bersama Urusetia Penasihat Penghulu Kelantan. Turut hadir pada majlis itu Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Penghulu Kelantan, Abdul Fatah Harun sebagai mewakili Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakob. Menteri Besar berkata, sebagai seorang pemimpin masyarakat mereka seharusnya mempamerkan imej yang baik kepada orang ramai.
Ulasan:
Kan ke sebelum nie dah timbul isu pengharaman rokok .. kan tok guru dah tegur .. tak paham-paham lagi ??
Tiada ulasan:
Catat Ulasan