Translate

Followers

EZ Q

Khamis, 4 Disember 2008

Johor bakal serah SAR jadi SABK - Malaysiakini

petang tadi saya telah menghadiri satu jamuan perpisahan yang diadakan oleh pelajar-pelajar tingkatan lima di sekolah menengah agama lughatil arabiah tangkak atas undangan salah seorang tenaga pengajar disitu dan saya juga adalah salah seorang dari bekas guru di sekolah tersebut.

kami sempat bersembang mengenai aktiviti yang kami lakukan antara kami dan dalam kesempatan itu juga rakan saya ini telah menyatakan bahawa kerajaan negeri Johor kini sudah bersedia untuk menyerahkan semua sekolah menengah agama yang berada dibawah tanggungan Jabatan Agama Johor kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dan perkara ini akan diperbincangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 15 Disember ini. Ini kerana Kerajaan Pimpinan YAB Dato'Abdul Ghani bin Othman Kechik sudah tidak mampu lagi untuk menanggung kos perbelanjaan gaji guru-guru yang berkhidmat dibawah Jabatan Agama Johor.

Malahan gaji yang diberikan kepada guru-guru sebelum ini tidak setimpal dengan pengorbanan yang telah diberikan oleh para guru. tak cukup dengan itu kebajikan guru juga terabai terutama guru-guru yang berkhidmat disekolah menengah agama SMA).Jabatan Agama Johor lebih banyak memberikan penumpuan serta kemudahan kepada guru-guru yang berkhidmat disekolah-sekolah agama dan sekolah-sekolah rendah agama.

bahkan sebelum ini setiap kali mesyuarat agung Majlis Guru-Guru Sekolah Menengah Agama Negeri Johor dan dalam majlis Hari Guru Agama pada setiap bulan mei dinyatakan bahawa kerajaan negeri akan menaikkan gaji guru serta memberikan kemudahan.Tapi apa yang berlaku hanya yang mengajar di sekolah agama dan sekolah rendah agama diberikan pelbagai kemudahan sedangkan guru-guru yang mengajar di sekolah menengah agama dianaktirikan.

Inikah corak kepimpinan yang patut kita contohi. Bak kata pepatah Melayu "Kera dihutan disusukan anak dirumah mati tak makan"bukan tak reti bersyukur atau berkorban tapi sekurang-kurangnya bertimbang rasalah terhadap mereka yang dipertanggungjawabkan.Diharapkan perkara ini akan dipandang serius oleh pihak-pihak tertentu bagi memastikan kebajikan guru-guru yang turut sama mendidik anak bangsa johor tidak dipinggirkan

Tiada ulasan: