Translate

Followers

EZ Q

Rabu, 3 Disember 2008

Datuk Melaka dari sudut pandang Semasa -Malaysiakini

Darjah kebesaran yang dianugerahkan oleh pihak kerajaan merupakan satu penghargaan yang diberikan atas sebab sumbangan yang diberi khususnya kepada negara atau sesebuah kerajaan pada satu ketika dahulu. Tapi kini ianya seolah-olah satu barang dagangan dan satu barang permainan yang diberikan oleh sesebuah kerajaan khususnya bagi menghargai sumbangan seseorang kepada negara atau negeri.

Dalam isu Datuk Shah Rukh Khan, apa yang saya nak bangkit disini ialah kesesuaian dan apa kretaria atau ciri-ciri yang melayakkan beliau untuk menerima darjah kebesaran.Sepatutnya perkara ini dinilai sebaiknya dan bukannya keputusan yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu dan bukan satu benda yang tiada nilai.
kalau kita lihat di India, mereka tidak mengiktiraf kedudukan atau pangkat ini, sebaliknya lebih gemar memakai nama biasa sahaja.apa yang saya lihat ini adalah satu pembaziran yang dilakukan oleh pihak kerajaan dan perkara ini harus diperbetulkan.

Tiada ulasan: