Translate

Followers

EZ Q

Rabu, 12 November 2008

Tahniah Yb Ustaz Hashim Jasin -Malaysiakini


KANGAR 11 Nov. - Pesuruhjaya Pas Perlis, Hashim Jasin hari ini, mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang pada mesyuarat ketiga, penggal persidangan pertama sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis ke-12.

Hashim mengangkat sumpah taat setia jawatan itu di hadapan Yang Dipertua DUN, Datuk Yazid Mat di Kompleks DUN di sini.

Upacara itu disaksikan oleh semua barisan 14 ADUN yang bersidang hari ini, sekali gus mengisi jawatan tersebut yang kosong sejak lima bulan lalu.

Pada 24 April lalu, Hashim memfailkan petisyen bagi membatalkan keputusan pilihan raya kerusi DUN Sanglang dengan alasan beliau sepatutnya diisytiharkan sebagai calon yang menang.

Bagaimanapun, pada 18 Jun lalu Mahkamah Tinggi Kangar menolak permohonan petisyennya atas alasan mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa mengisytiharkan beliau sebagai wakil rakyat kerana Seksyen 35(C) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang memberi kuasa kepada Mahkamah Pilihan Raya membuat perisytiharan tersebut dimansuhkan pada 2003.

Pada 16 September lalu, Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan pelantikan Hashim setelah membuat rayuan dan beliau diisytihar sebagai pemenang yang sah bagi kerusi DUN Sanglang dalam Pilihan Raya Umum ke-12.

Sementara itu, pada sidang yang sama ADUN Chuping, Mansor Jusoh dilantik sebagai Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis berkuatkuasa hari ini.

Cadangan dibuat untuk mengisi jawatan itu dibuat oleh Menteri Besar Perlis, Datuk Seri. Dr. Md. Isa Sabu dan disokong oleh ADUN Pauh, Datuk Seri Syed Razlan Jamalullail tanpa ada sebarang bantahan.

Tiada ulasan: