Translate

Followers

EZ Q

Isnin, 10 November 2008

Pejuang Perpaduan atau Pejuang perpecahan ??-Malaysiakini

SAJAK BUAT PARA PEJUANG
Aku lihat engkau selalu melaungkan perpaduan
kaum dan bangsa!
Aku dengar engkau selalu sahaja mengingatkan orang
jangan cetuskan perpecahan!
Tapi aku lihat sikap engkau
seolah-olah engkau tidak tahu erti perpaduan
dan tidak faham erti perpecahan

Engkau ajak orang berpadu
gelagat engkau membawa perpecahan
Engkau selalu sahaja berslogan persatuan,
cakap-cakap engkau merenggangkan orang
Engkau tidak fahamkah apa yang engkau cakapkan?!

Seruan engkau aku lihat double standard!
Siapa sebenarnya engkau ini?!
Pejuang perpaduankah,
pejuang perpecahan?

Engkau berlakonkah di pentas kehidupan,
macam orang berlakon di dalam drama
Apakah engkau berlakon
atau itu realiti kehidupan engkau?

Rakyat melihat, orang ramai menilai
Nanti orang ramai kenal siapa sebenarnya engkau
Engkau pelakon?
Engkau pejuang?
Atau engkau petualang?

Berhentilah berslogan,
sebelum orang kenal
Jika orang kenal,
nahas engkau,
engkau akan dipinggirkan orang
atau disingkirkan orang

UMMU WAHIDA

Tiada ulasan: