Translate

Followers

EZ Q

Rabu, 12 November 2008

Speaker Parlimen suka main tolak-tolak -Malaysiakini

Nak kata selalu ikut persidangan parlimen setiap hari tu tak adalah tapi kadang-kadang bila tengok rasa nak gelak pun ada jugak pasal tengok suasana yang kadang-kadang macam budak sekolah tadika. Ketua Darjah nya pulak Datuk Speaker yang kadang-kadang pun macam bebudak jugak suka main tolak-tolak. kadang ada isu yang menarik yang sepatutnya dibincangkan pun tak dibincangkan ditolak mentah-mentah oleh speaker.
pada pandangan saya, seeloknya sebagai seorang juru cakap di parlimen atau sebagai seorang yang mengendalikan proses perbahasan dan sebagainya yang berkaitan dengan parlimen perlu teliti hal yang demikian. Janganlah di sebabkan kerana banyak pendedahan yang dibuat terhadap pihak kerajaan semuanya ditolak dan tak diterima.
Pihak kerajaan perlu menilai dengan teliti terhadap isu yang dibangkitkan. Contohnya seperti semalam dalam persidangan terdapat isu yang boleh dikatakan panas tetapi ditolak oleh speaker isu mengenai keretakan dan keselamatan hospital . bagi saya ini adalah isu penting yang perlu diberikan perhatian serius oleh pihak speaker untuk membincangkan hal ini dan mengambil tindakan segera. kalau kerja kita buat lambat-lambat keselamatan pun takkan terjamin.
Mengenai isu penahanan RPK (Raja Petra Kamarudin) yang ditahan disebabkan penulisan beliau yang mengaitkan beberapa orang pimpinan negara. Sepatutnya kalau mahkamah dah jatuhkan hukuman penangkapan atau penahanan RPK tidak sah kenapa kita masih lagi nak tegakkan benang yang basah?? kenapa masih lagi kita nak dakwa orang yang tak bersalah sedangkan orang yang bersalah dibiarkan bebas sepanjang masa. Nampak sangat doble standart.Sepatutnya orang yang bersalah ditahan dan diadili bukan orang yang hanya mengemukakan pandangan ditahan dalam lokap.

2 ulasan:

Kulindod berkata...

Tidak menghairankan langsung, Speaker Dewan Rakyat kita ini adalah kaki gaduh dan arrogant. Pernah suatu masa dulu dia membawa segerombolan pemuda illanun menyerang penyokong penyokong PBS sewaktu pilihan raya kecil di ranau lewat 80an.

Ibnu Mohyeddin berkata...

rasanya elok ganti speaker lain yang lebih liberal dan non partisan baru boleh jalan kan persidangan dengan baik