SAQQARA, Mesir 11 Nov. - Ketua Antikuiti Mesir hari ini mengumumkan penemuan sebuah piramid yang dianggarkan berusia 4,300 tahun di kompleks pemakaman dinasti purba di sini.Menurut Zahi Hawass, piramid berkenaan dipercayai milik Ratu Sesheshet, ibu kepada Raja Teti yang mengasaskan Dinasti ke-6, kerajaan purba Mesir.Piramid itu terletak di Saqqara, kira-kira 19 kilometer ke selatan Kaherah.
Zahi dan pasukannya melakukan kerja-kerja penggalian di tapak itu selama dua tahun dan menurutnya, piramid itu hanya ditemui kira-kira dua bulan lalu."Kami hanya yakin selepas penggalian selama dua tahun mendapati, binaan setinggi lima meter yang tertanam di bawah pasir itu adalah piramid."Ia merupakan piramid ke-118 yang ditemui di seluruh Mesir setakat ini,'' tegas Zahi.
Ulasan :
Mesir nie memang tak der lain lah .. kalau tak keluar cerita piramid cerita sungai nil. Tapi apa pun yang diperkatakan Mesir meninggalkan sejuta kenangan buat diriku walaupun baru 2 tahun kutinggalkan tapi kenangan berada disana masih lagi bermain-main dalam mimpi dan tidurku. apa nak kata mesir nie bumi anbia, bumi para nabi dan rasul, bumi Ardil Kinanah. Dalam hati ini masih ada lagi hajat nak berziarah dan bertandang ke sana tapi mungkin disebabkan kos tu yang membantutkan niatku untuk menjejakkan kaki kesana. Rasanya lagi seonok tinggal kat sana berbanding dengan tinggal di malaysia. seronok belajar dengan kawan-kawan dan pensyarah disana. Mesir aku akan datang lagi nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan