CHICAGO 6 Nov. – Bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama yang akan mewarisi krisis kewangan terburuk di negara ini dalam tempoh beberapa dekad, dijangka mengumumkan calon beliau bagi meneraju beberapa jawatan utama ekonomi, tidak lama lagi.
Obama juga mungkin mengumumkan calon beliau sebagai Setiausaha Perbendaharaan seawal hari ini.Antara tokoh yang dipertimbangkan untuk jawatan Perbendaharaan ialah Presiden Bank Rizab Persekutuan cawangan New York, Timothy Geithner; bekas Setiausaha Perbendaharaan, Lawrence Summers dan bekas Pengerusi Rizab Persekutuan, Paul Volcker.
Selepas memenangi pilihan raya kelmarin yang akan menjadikan beliau Presiden kulit hitam pertama AS, Obama juga semakin hampir untuk mengumumkan nama ketua staf. Anggota Dewan Perwakilan Parti Demokrat dari Illinois, Rahm Emanuel telah ditawarkan jawatan mengetuai kakitangan Obama di White House, kata sumber Demokrat.
Emanuel, 48, yang dikenali kerana sikap agresifnya, menjalinkan hubungan erat dengan kumpulan penasihat kanan Obama dan merupakan ahli politik dari Chicago. Beliau dijangka menerima jawatan tersebut yang akan menjadikan beliau sebagai penyelia perjalanan Oval Office (pejabat rasmi Presiden AS).
Obama sudah pun menubuhkan sebuah jawatankuasa peralihan yang sedang giat berusaha untuk membentuk pasukan ekonomi dan keselamatan dalam negeri bagi pentadbiran akan datang, kata sumber Parti Demokrat.
Di tengah-tengah krisis kewangan terburuk yang sedang dihadapi AS sejak Kemelesetan Besar pada 1930-an, Obama mahu melangkah cepat untuk mempersiapkan pentadbirannya bagi menangani kemelesetan yang mungkin berlaku di negara ini selain mengendali konflik di Iraq dan Afghanistan.
Pejabat Obama merahsiakan proses peralihan itu yang berlaku dalam tempoh 11 minggu sebelum beliau mengangkat sumpah sebagai Presiden AS menggantikan Presiden George W. Bush.

assirkami:
tindakan obama merahsiakan proses peralihan kuasa adalah satu langkah yang baik bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku tak seperti yang berlaku di malaysia yang tak sempat menyempat nak beralih kuasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan