Translate

Followers

EZ Q

Khamis, 6 November 2008

Debat Terbuka : bukti anak jantan atau tidak-Malaysiakini

minggu lepas kecoh juga kita lihat didada-dada akhbar yang mana dikhabarkan cadangan oleh beberapa orang ahli UMNO untuk mengadakan debat terbuka bagi memiih calon pemimpin yang berwibawa. Tak kurang dari itu juga saya ada terbaca mengenai reaksi dari pemimpin pakatan rakyat untuk mengadakan debat terbuka. Pada pandangan saya ia satu cadangan yang cukup baik.. cukup bernas dan cukup mantap bagi menguji ketahanan mental calon pimpinan.

teringat saya pada kata-kata salah seorang dari pimpinan pemuda pas negeri melaka bahawa kalau nak tengok calon pimpinan muda dalam umno yang berwibawa kita tengok bagaimana calon tersebut mampu atau tak lawan tokey . kalau mampu lawan memang dan berani sepertimana tradisi yang diamalkan sebelum ini memaglah calon pimpinan itu berani dan berwibawa.

tapi apa yang berlaku pada hari ini, seolah-olah pimpinan UMNO yang ada takut untuk berdepan dengan Audien. contohnya bila berlaku seseuatu masalah yang berkait dengan Parti , mereka hanya tuding jari saja antara satu sama lain malah ada yang takut nak berdebat walaupun dah dapat sokongan yang paling tinggi dari segi pencalonan.

pada pandangan saya kalau calon tu tak berani nak bersuara atau nak berdebat kerana takut hilang sokongan baiklah tak payah jadi calon pimpinan. nak jadi calon pimpinan nie kena ada karisma dan bukan dinilai dengan hanya memasuki kursus kepimpinan sahaja. Kalau masuk kursus pun setakat nak ala kadar dan tak de pengisisn yang sesuai pun tak guna gak.

berbalik kita pada debat tadi, nak debat tu debatlah elok elok jangan menyentuh sensitiviti seperti yang dipaparkan dalam debat harga minyak dulu. Lain tajuk lain yang dibahaskan. Orang suruh bahas bab minyak dia bahas pasal serangan pribadi. tak skema langsung.

Dalam Umno nie nak tau sapa anak jantan kena tengok saper berani lawan tokey .. kalau tak elok lah dia masuk kat puteri saja atau join ngan wanita. so tak payah nak bincang teruk-teruk sampai nak pecah kepala.. kalau berani dan tak puas hati luahkan jangan disimpan dalam hati takut merana diri sendiri nanti.

Tiada ulasan: