Translate

Followers

EZ Q

Jumaat, 7 November 2008

Profesor Datuk Dr. Gauth Jasmon Naib Canselor baru UM- Malaysiakini

KUALA LUMPUR 6 Nov. - Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Datuk Rafiah Salim mengesahkan kontrak perkhidmatannya yang tamat esok, tidak disambung. Rafiah ketika dihubungi memberitahu telah menerima satu panggilan telefon daripada pihak universiti yang memaklumkan perkara tersebut.

''Namun, saya tidak diberitahu sebab (kontrak) tidak disambungkan.''Saya hanya dimaklumkan bahawa saya tidak akan disambung kontrak sahaja,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.Rafiah dilantik sebagai Naib Canselor UM pada 1 Mei 2006.

Pemilihan Rafiah ketika itu dianggap sebagai bersejarah memandangkan beliau merupakan wanita pertama dilantik ke jawatan tersebut, apatah lagi berkhidmat sebagai Naib Canselor di universiti paling berprestij di negara ini. Sementara itu, Rafiah memberitahu, beliau akan diganti oleh Presiden Universiti Multimedia (MMU), Profesor Datuk Dr. Gauth Jasmon.
assirkami:
eloklah berubah dan bagi pada yang sepatutnya.

Tiada ulasan: