KOTA KINABALU 25 Okt. - Kementerian Pelajaran akan terus memberi fokus kepada usaha memperkasa bahasa Melayu bagi menjadikannya bahasa ilmu dan asas perpaduan. Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, langkah itu adalah bersesuaian dengan kedudukannya sebagai bahasa rasmi negara yang menjadi tonggak utama keutuhan masyarakat berbilang kaum.
Bagi mencapai misi ini ujarnya, ia bergantung kepada kefahaman, penglibatan dan komitmen padu semua pihak, sama ada sektor awam, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
"Ini perlu dalam usaha pembentukan negara bangsa dalam konteks Malaysia," katanya semasa berucap pada Majlis Pelancaran Bulan Bahasa dan Sastera Negara 2008 Peringkat Kebangsaan di Padang Merdekat di sini malam tadi.
Turut hadir Yang Dipertua Negeri, Tun Ahmadshah Abdullah; Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman; Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Johan Jaafar dan Pengarah DBP Sabah, Zubaidi Abas.
Hishammuddin berkata, bagi membina negara bangsa seperti yang disasarkan kementeriannya, pembentukkan jati diri di kalangan golongan muda perlu ditekankan.
"Untuk itu, generasi muda perlu berpegang teguh dengan ajaran agama dan nilai moral, patriotik, hidup sebagai sebuah masyarakat penyayang, demokratik, liberal, bertolak ansur, berfikiran terbuka, berbudaya saintifik dan hidup bersatu padu," katanya.
Pada masa yang sama, beliau turut melahirkan rasa puas hati dengan peranan Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), DBP dan Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) dalam memartabatkan bahasa itu.
Beliau berharap agenda memperkasa bahasa akan terus dilaksana dengan teratur dan baik khususnya di sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan.
"Ini bagi memastikan bahasa Melayu dijadikan bahasa identiti untuk bangsa Malaysia, juga sebagai bahasa ilmu, bahasa perpaduan dan bahasa komunikasi moden, untuk itu kita perlu memberi penghormatan sewajarnya terhadap bahasa ini.
"Melalui langkah dan program yang akan dilaksana, kita berhasrat melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang bangga dengan bahasa Melayu sebagai identiti mereka," katanya.Sehubungan itu, beliau meminta supaya program-program yang berkaitan dengan usaha memperkasa bahasa itu, perlu dilakukan secara berkesan dan melalui pendekatan lebih segar.
Katanya, pengisian program berkenaan harus lebih mantap dan disertai dengan pelan tindakan yang lebih fokus agar dapat menarik penglibatan serta sokongan masyarakat.Berhubung majlis itu, Hishammuddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induknya berkata, berharap pelancaran tersebut dapat menyemarakkan perasaan cintakan bahasa Melayu.
SUMBER : Utusan

ULASAN : kalau betul lah Kementerian Pendidikan bercadang untuk memperkasakan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi negara, kembalikan pengajaran matapelajaran sain dan matematik dalam bahasa Melayu sepertimana yang diamalkan pada tahun-tahun sebelum ini. kita dapat lihat pada hari ini kebanyakan daripada anak-anak melayu khususnya kurang berminat untuk mempelajari serta menjawab soalan peperiksaan khususnya matapelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris bahkan ada yang hanya menghantar kertas jawapan kosong disebabkan tidak mahir dalam bahasa inggeris.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan